Kata |
Takrif |
Sumber |
konservatif | ingin atau cenderung utk mengekalkan sesuatu keadaan yg wujud atau yg menjadi kebiasaan: Golongan ~ telah menentang rancangan pemulihan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konservatif | 1. bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan: usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak ~; 2. kolot, tidak moden. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konservatif | ingin atau cenderung utk mengekalkan sesuatu keadaan yg wujud atau yg menjadi kebiasaan: Golongan ~ telah menentang rancangan pemulihan itu. | Kamus Pelajar |
ultrakonservatif | terlalu konservatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konservatisme | faham konservatif yg cenderung mengamalkan kebiasaan (yg menjadi tradisi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ultra- | awalan asing teramat sangat, keterlalu-an, terlampau, berlebih-lebihan, mis ultra-konservatif dan ultramoden. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanan | 1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu; menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan; menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan; terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke PBB; kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
conservative | adj konservatif: she is ~ in her choice of clothes, dia konservatif dlm memilih pakaiannya; a ~ man, wary of new ideas, lelaki yg konservatif yg bersikap hati-hati thdp gagasan-gagasan baru; a ~ hairstyle, potongan rambut yg konservatif; a ~ estimate, anggaran konservatif; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Conservative | adj Konservatif; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Conservative Party | n Parti Konservatif. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conservative | n orang yg konservatif. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Conservative | n member of Conservative Party, ahli Parti Konservatif. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
label | n1. tag, label: he tied the ~ to the handle of the suitcase, dia mengikatkan label pd tangkai beg pakaiannya; she stuck the ~ on the parcel, dia melekatkan label itu pd bungkusan tersebut; 2. word, phrase used as convenient generalised classification, label; (for person) mengecap, melabel: he applies the ~ fascist to every conservative organization, dia memberikan label fasis kpd setiap pertubuhan konservatif; dont put ~s on people before you know them, jangan mengecap orang sebelum kamu mengenali mereka; 3. trademark, label: Richard Marxs Right Here Waiting is on the CBS ~, lagu Right Here Waiting oleh Richard Marx dirakamkan di bawah label CBS; 4. (computer technology) label; 5. (chem) label; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
join | vi 1. come together, bertemu, bertembung, bercantum: the two rivers ~ at the base of the mountain, kedua-dua sungai itu bertemu di kaki gunung; 2. be adjacent, bertemu: the boundary where the vegetable farm and the plantation ~, sempadan tempat kebun sayur dan ladang itu bertemu; 3. associate, bergabung: the Liberals ~ed with the Conservatives in an attempt to defeat the Government, parti Liberal bergabung dgn parti Konservatif dlm percubaan utk menjatuhkan kerajaan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
conservative | konservatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran, individu, kelompok atau organisasi yang berpegang kepada tradisi dan sukar menerima perubahan. Pendirian ini berusaha mengekalkan sesuatu sebagaimana yang tersedia ada. Pemikiran sebegini disebut sebagai konservatisme, sementara mereka yang mengamalkannya digelar sebagai golongan konservatif. Gerakan politik golongan konservatif mula muncul semenjak abad ke-18 di Eropah sebagai reaksi intelektual terhadap golongan radikal yang berkembang kesan daripada Revolusi Perancis. Dari sudut sosiologi, golongan ini berasal daripada keturunan tuan tanah. Kelompok ini telah berkembang dan mengalami beberapa perubahan struktural dimensi dan persepsi terhadap sesuatu fenomena seperti tidak lagi menolak perubahan secara total tetapi menerima perubahan secara evolusi. Dalam perkembangan politik moden, golongan ini telah muncul sebagai satu kuasa politik yang kuat khususnya di Eropah seperti Parti Kristian Demokrat di Jerman, aliran pemikiran Gaullism di Perancis dan juga Parti Konservatif di Great Britain. |
toryism | faham konservatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman ini mendukung idea konservatif yang tidak suka kepada sebarang perubahan. Pendukung fahaman ini lebih suka mengekalkan ciri-ciri budaya dan institusi yang tradisional dalam masyarakat. Fahaman ini juga lebih cenderung mengekalkan status quo, memperjuangkan kelas atasan dan menengah serta tidak suka kepada perubahan yang menyeluruh dan mendadak. Contohnya Parti Konservatif Great Britain. |
conservative substitution | tukar ganti konservatif | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penggantian satu asid amino dalam protein kepada asid amino yang berbeza, tetapi mempunyai ciri-ciri fiziko-kimia yang serupa dengan asid amino yang asal dari segi saiz, cas dan kehidrofobikan. |
rightist | puak kanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan yang cenderung kepada fahaman konservatif. Golongan ini tidak suka kepada tindakan radikal atau perubahan besar yang mendadak. Mereka lebih cenderung kepada pengekalan status quo dan pemeliharaan tradisi masyarakat yang sedia ada dan dalam keadaan tertentu bersifat perkauman yang bergerak untuk memelihara kepentingan kaumnya. Kumpulan ini juga boleh bersifat ekstrem kaum seperti golongan fasis Nazi atau gerakan Ku Klux Klan yang rasis tetapi boleh juga bersifat sederhana seperti UMNO dan MCA. Ia berbeza dengan golongan kiri yang cenderung kepada perjuangan untuk kelas bawahan dan mahukan perubahan radikal dalam masyarakat. Contohnya, dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS merupakan golongan kanan manakala Parti Rakyat Malaya pula merupakan golongan kiri. |
glasnost | Keterbukaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Polisi yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev pada tahun 1985 yang membawa makna keterbukaan atau publisiti (penghebahan). Matlamat Gorbachev untuk melancarkan dasar ini asalnya bertujuan memberi tekanan kepada golongan konservatif dalam parti yang menentang dasar penstrukturan ekonomi Soviet atau Perestroika. Perkembangan penggunaan konsep ini kemudiannya membawa makna keterbukaan politik seperti kebebasan bersuara, pentadbiran yang telus, terbuka kepada pertanyaan, kritikan dan perdebatan. Hasil daripada dasar ini, pemerintahan Soviet dekad 1990-an kemudiannya mengalami proses perubahan yang besar dan menjadi lebih demokratik. Sinonim glasnost. |
two-party system | sistem dua parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem parti yang memiliki dua parti yang dominan bersaing dan bersilih ganti menguasai kerajaan. Walaupun begitu, terdapat juga parti-parti lain bersaing dalam negara ini tetapi biasanya hanya salah satu daripada dua parti yang dominan ini berkuasa. Contohnya, di United Kingdom hanya Parti Buruh dan Parti Konservatif yang silih berganti menguasai kerajaan walaupun dalam negara itu terdapat juga Parti Demokratik Sosial dan Parti Demokratik Liberal. |
class conflict | konflik kelas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara dua kelas sosial yang diwarnai dengan unsur antagonistik dan ketegangan dalam sesebuah masyarakat. Pertentangan ini tercetus disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks sejarah, konflik kelas dilihat sebagai unsur utama yang melahirkan perubahan dan perkembangan sistem sosial, misalnya daripada sistem feudal kepada sistem kapitalis iaitu manifestasi persaingan antara aristokrat dengan pemodal. Pertentangan kelas dalam masyarakat biasanya ditonjolkan dalam kehidupan seharian khususnya dalam politik. Ketegangan ini dimanifestasikan dalam pelbagai tindakan antaranya bersifat ganas dan berpanjangan seperti yang berlaku dalam Peperangan Daerah Johnson di Wyoming, Amerika Syarikat pada abad ke-19, bersifat tersembunyi seperti yang berlaku dalam produksi perkilangan antara pekerja dengan majikan atau dalam pertentangan yang bersifat kepartian seperti Parti Buruh dengan Parti Konservatif. Sinonim pertentangan kelas. |
Kamus Sains.indb yang diimplikasikan oleh satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi “Jika p, maka q”, pernyataan “q” ialah aki- bat. Lihat juga implication. Banding antecedent. (MAT) conservative recombination (rekombinasi konservatif) Pemecahan dan penyambungan semula bebenang DNA yang sedia ada tanpa sintesis DNA yang baru. (BIO) conserved domain (domain terabadi) Kawasan polipeptida yang dikekalkan jujukannya. (BIO) conjugate focus conserved domain Kamus plastik plastic design reka bentuk proses process design reka bentuk reaktor kimia chemical reactor design reka bentuk suai adaptive design reka bentuk berbantu komputer computer aided design rekod records rekombinasi konservatif conservative recombination rekombinasi salingan reciprocal recombination rekreasi luar outdoor recreation rekrudesens recrudescence rekuren recurrent rel rel rel adang guard rel relaksin relaxin relang collar relang gabungan combination collar relaps relapse
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
konservatif | [kon.ser.va.tif] | کونسرۏاتيف |
|
Tesaurus |
---|
| konservatif (adjektif,) | Bahasa Asal :Inggeris | Bersinonim dengan kolot, cara lama, kuno, ortodoks, tidak moden, tidak mudah menerima perubahan,
jumud, kaku, beku., | |
|
|