Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah 'muktamad' itu kata adjektif?Muktamad merupakan kata adjektif.Makna28.10.2015
Salam. Merujuk kembali persoalan tentatif program dan program tentatif. Saya masih kurang puas hati terhadap jawapan yang diberikan. Jika dilihat maksud tentatif dalam Kamus Dewan ia bermaksud tidak muktamad atau buat sementara waktu. Jadi kalau frasa tentatif program adalah betul ia bermaksud tidak muktamad program atau buat sementara waktu program, bukan program tidak muktamad atau program buat sementara waktu. Dalam Kamus Dewan pun memberi contoh langkah tentatif dan bukannya tentatif langkah. Harap dapat penjelasan daripada pihak DBP kerana saya masih keliru. Terima kasih.

Program tentatif ialah program yang belum muktamad. Harap mkalum

Tatabahasa30.06.2008
Kita kerap melihat ramai pihak yang menggunakan perkataan 'tentatif' dalam buku atur cara majlis. Adakah penggunaan perkataan 'tentatif' itu tepat ?Tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis.Makna08.12.2009
saya ingin bertanya, apakah beza di antara 'aturcara' dan 'tentatif' dan yang manakah lebih tepat penggunaannya untuk diletakkan di dalam risalah majlis.Tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis.Tatabahasa07.11.2013
adakah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif di- hanya dengan kata ganti orang ketiga muktamad ?Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga.Tatabahasa13.12.2020
"berbanding" atau "berbanding dengan"? Rujukan pangkalan data PRPM telah dibuat, dan hasilnya bercanggah. Jadi, mohon kepastian yang benar-benar muktamad tentang kes ini sebab kalau tak silap, "berbanding" berbeza daripada "berkaitan", "berhubung" atau "berhampiran" yang semua tiga perkataan ini memerlukan "dengan" di belakang. Lebih baik jika jawapan disokong dengan keterangan ilmiah supaya dapat kami gunakan untuk menjawab persoalan, percanggahan atau kekeliruan daripada pelanggan kami. Kami ingin menyelaraskan penggunaannya dalam dokumen dan buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM) Sekian, terima kasih.Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding.Tatabahasa09.07.2012
Salam, tuan/puan. Apakah terjemahan BM untuk affiliate? Affiliate bermaksud syarikat yang beroperasi di luar Malaysia, yang dikawal oleh syarikat induk muktamad di Malaysia. Affiliate ini boleh terdiri daripada sebuah cawangan, subsidiari atau syarikat usaha sama. Terima kasih.

Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan affiliate ialah gabungan. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai.

Penyemakan dan penterjemahan06.07.2023
Saya menghadapi masalah ketika hendak menghurufbesarkan atau menghurufkecilkan perkataan dalam tajuk artikel saya. Bolehkah tuan nyatakan buku-buku terbitan DBP yang boleh saya dapatkan sebagai rujukan muktamad saya. Untuk maklumat tuan, saya sangat memerlukan buku panduan seperti ini. Terima kasih.Antara buku yang dicadangkan ialah Siri Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Tanda Baca karya Ismail Dahaman; tahun terbitan 2015 dan Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi- tahun terbitan 2016Karya23.02.2018
apakah maksud nilai dan ketentuanNilai bermaksud sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll) dan ketentuan bermaksud sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan/ keputusan yg muktamad/ketetapanMakna11.10.2007
Salam, Terdapat banyak khidmat nasihat yang mengkonfiuskan untuk perkataan "Superhero". Ada yang mengatakan adiwira, ada yang kata kena jarakkan supaya jadi adi wira. Bolehkan DBP tolong beri satu jawapan muktamad dan hapuskan kenyataan yang salah agar tiada orang akan bingung lagi dengan penggunaan kata sebenar superhero ini. Terima kasih!Untuk pengetahuan tuan, perkataan 'adiwira' belum di masukkan sebagai entri perkataan bahasa Melayu dalam kamus. Perkataan 'adiwira' perlu dieja sebagi satu perkataan yang agak sinonim dengan penggunaan perkataan lain yang berawalan 'adi' seperti 'adikuasa', adiraja'. Istilah22.05.2019
Tesaurus
 
muktamad (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pasti, tetap, tentu, sah, sahih, tepat, jitu, positif, ya, benar.,