Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Menteri Komunikasi sudah muak akan perangai Menteri Pengangkutan yang suka bercakap besar tentang isu kabotaj tersebut. Adakah penggunaan muak tersebut betul? | Menteri Komunikasi sudah muak akan perangai Menteri Pengangkutan yang suka bercakap besar tentang isu kabotaj tersebut. Penggunaan perkataan muak dalam ayat tersebut adalah betul kerana muak bukan sahaja merujuk kepada memakan sesuatu tetapi juga bermaksud berasa jijik atau benci kerana melihat atau mendengar sesuatu. | Makna | 23.10.2021 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), menepukan. Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut; 1. Lori itu muat dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Bolehkah pihak tuan jelaskan perbezaan antara 'muak' dan 'mual' ? =================================== Diberi soalan berikut : Saya sudah jelak dengan sikapnya itu. Perkataan seertin bagi jelak ialah ? (muak atau mual) =================================== Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muak dan mual sama erti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 18.05.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| muak (adjektif) | 1. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, lugu, majal, pasai,
2. Bersinonim dengan mual: loya, meluah, meluak, dugal, enek, meloyo,
3. Bersinonim dengan menyampah: meluat, berbulu, getik, jijik, benci,
|
|
|