Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
a) Ali rajin membaca buku. b) Ali membaca buku dengan rajin. c) Ali malas membaca buku. d) Ali membaca buku dengan malas. e) Ali membaca buku dengan kuat. mohon pandangan tuan, ayat yang mana mematuhi hukum tatabahasa.

Ayat: Ali rajin membaca buku; Ali malas membaca buku; dan Ali membaca buku dengan kuat adalah betul. Ayat pertama dan kedua adalah betul kerana rajin dan malas itu adalah sifat kepada pelaku (Ali); manakala ayat ketiga menunjukkan cara perbuatan itu (membaca dengan kuat) dilakukan. Ayat: Ali membaca buku dengan rajin dan Ali membaca buku dengan malas adalah salah kerana rajin dan malas tidak boleh menjadi cara sesuatu itu (membaca) dilakukan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 280. 

 

Tatabahasa23.02.2011
Merujuk Tatabahasa Dewan m/s72, kata majmuk tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "kerusi malas" kerana akan mengubah maksud menjadi kerusi yang malas. Mengapa hak milik m/s73 menjadi kata majmuk berbentuk khusus sedangkan hak(membawa maksud milik dalam kamus dewan) dan boleh disisipkan kata hubung "dan" misalnya hak dan milik.Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep.  Tatabahasa15.03.2010
Salam sejahtera. Ia dipecat sebab malas. Adakah ayat ini betul? Adakah kata sebab tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan? Kemusykilan ini saya ajukan kerana penggunaan oleh sebab dalam penulisan kerap digunakan dan ditemukan. Oleh merupakan kata sendi nama, dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, kata oleh mesti diikuti oleh kata nama, misalnya sebab. Penjelasan yang mantap amat dihargai. Sekian, terima kasih.Ayat Ia dipecat sebab malas bukan ayat yang gramatis.  Kata sebab ialah kata nama manakala oleh sebab ialah kata hubung keterangan musabab sama seperti kerana dan lantaran. Ayat yang betul menggunakan kata hubung oleh sebab ialah Oleh sebab dia malas, dia dipecat. Tatabahasa23.11.2018
Tuan, Kalaulah kata hubung pasangan walaupun.... namun tidak terdapat dapat Tatabahasa Dewan, apakah penggantinya? Bolehkah saya menggunakan walaupun....tetapi.... Misalnya, Walaupun dia pandai tetapi malas belajar. Ayat ini gramatis? Sekian, terima kasih.

Dalam ayat contoh yang diberikan, saudara hanya perlu menggunakan perkataan walaupun, kemudian diletakkan tanda koma (,) sahaja, tidak diikuti oleh tetapi. Contoh ayat: Walaupun pandai, dia malas belajar. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253.

Tatabahasa31.05.2010
para guru sering merungut mengenai pelajar yang malas tuan, adakah mengenai salah digunakan dalam ayat ini? tq

Mengenai bermaksud kena pada dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278.

Tatabahasa19.09.2011
Soalan Peribahasa Pengarah syarikat itu teelah memberhentikan pekerjanya yang malas kerana melakukannya pekerjaan apabila disuruh sahaja Haifizul amat kecewa akan keputusan pperiksaannya,namun segala-galanya telah terlambat Orang ramai disarankan supaya beringat-ingat ketika berbelanja.Biarlah perbelanjaan kita berpadanan dengan pendapatan yang kita peroleh. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya Szimaan bekerja di luar negara,akhirnya dia mengambil leputusan untuk pulang ke tanah airnya Apakah peribahasa di atas yang disenaraikan.Saa meminta bantuanUntuk makluman, tuan boleh melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa tersebut dalam ruangan "Carian Spesifik" dan klik "Cari". Tuan akan memperoleh maklumat yang diperlukan. Lain-lain10.01.2021
Tuan, 1. Penggunaan frasa manakah adalah betul? Budak yang malas belajar itu akan berhadapan dengan kesukaran pada _________________. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) 2. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin __________________nya. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih.Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa29.01.2018
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata larangan 'jangan'. Bolehkah kata ini digunakan di tengah-tengah ayat? Contohnya: Untuk menjadi usahawan berjaya, perkara yang paling penting ialah jangan malas berusaha. Sekian, terima kasih.Salam,

Kata "jangan" boleh digunakan di tengah-tengah ayat seperti contoh ayat yang diberikan, "Untuk menjadi usahawan berjaya, perkara yang paling penting ialah jangan malas berusaha".
Tatabahasa19.08.2015
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita.1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan.

2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita.
Tatabahasa06.03.2012
Boleh ke guna membawa'nya' sebab setahu saya 'nya' hanya boleh digunakan untuk manusia. Perlu tambah 'ke' sebelum pusat kitar semula sebab sudah ada 'ke' sebelum tempat pelupusan sampah? Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula.

Ayat yang betul ialah Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawa sampah tersebut ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. Kata sendi ke perlu diulang bagi menunjukkan tempat atau arah seperti yang diterangkan dalam Tatabahasa Dewan halaman 267.

Tatabahasa11.07.2014
Tesaurus
 
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi

Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,

Puisi
 

Saya malas berkepuk ladang,
     Kepuk tidak berisi padi;
Saya malas berambut panjang,
     Sebab tidak berani mati.



Lihat selanjutnya...