Kata |
Takrif |
Sumber |
rengsa /réngsa/ III | tidak menyenangkan; mengganggu. merengsakan menyebabkan berasa terganggu atau berasa tidak senang. kerengsaan keadaan atau rasa terganggu (tidak senang): Ubat itu dpt menghilangkan ~ pd mata. perengsa sesuatu yg mengganggu atau yg tidak menyenangkan. | Kamus Pelajar |
rengsa /réngsa/ II; merengsa | sukar atau susah utk sembuh (bkn penyakit, luka dll). | Kamus Pelajar |
rengsa /réngsa/ I | 1 tidak bertenaga; lemah badan; malas utk melakukan sesuatu. 2 = ~ sengsara, remuk ~ berasa sangat sengsara; menderita kesusahan hidup. | Kamus Pelajar |
rengsa I | (réngsa) 1. lemah badan, tidak bertenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid menyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pendedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rengsa III | /réngsa/ tidak menyenangkan; mengganggu. merengsakan menyebabkan berasa terganggu atau berasa tidak senang. kerengsaan keadaan atau rasa terganggu (tidak senang): Ubat itu dpt menghilangkan ~ pd mata. perengsa sesuatu yg mengganggu atau yg tidak menyenangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rengsa II | /réngsa/; merengsa sukar atau susah utk sembuh (bkn penyakit, luka dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rengsa I | /réngsa/ 1 tidak bertenaga; lemah badan; malas utk melakukan sesuatu. 2 = ~ sengsara, remuk ~ berasa sangat sengsara; menderita kesusahan hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rengsa II | (réngsa); ~ sengsara = remuk ~ menderita kesusahan hidup, berasa sangat sengsara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rengsa sengsara | berasa sangat sengsara; menderita kesusahan hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rengsa sengsara | = remuk ~ menderita kesusahan hidup, berasa sangat sengsara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
infirm | adj physically weak (esp because of old age) tdk berdaya, lemah, rengsa; (of steps) lemah: an ~ old man, orang tua yg tdk berdaya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irritable | adj 1. easily annoyed, /lekas, cepat/ marah; (of child) meragam: he always gets ~ on a hot and sticky day like this, dia selalu lekas marah apabila cuaca panas dan lembap begini; 2. (pathol) excessively sensitive to stimuli, irritant, rengsa: ~ colon, kolon yg rengsa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
reflex cough | batuk refleks | Kejururawatan | Tiada | Batuk akibat rengsa pada salur pernafasan. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rengsa | [réng.sa] | ريڠسا |
|
Tesaurus |
---|
| rengsa | | Rujuk :malas |
|
|