Kata |
Takrif |
Sumber |
bosan | sudah tidak suka atau tidak gemar lagi; jemu: Saya ~ mendengar cerita-cerita karut drpd engkau. membosankan menyebabkan menjadi bosan; menimbulkan perasaan bosan: Perbualannya yg itu-itu juga sungguh ~. kebosanan rasa atau keadaan bosan. pembosan orang yg lekas atau mudah berasa bosan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bosan | sudah tidak suka atau tidak gemar lagi; jemu: Saya ~ mendengar cerita-cerita karut drpd engkau. membosankan menyebabkan menjadi bosan; menimbulkan perasaan bosan: Perbualannya yg itu-itu juga sungguh ~. kebosanan rasa atau keadaan bosan. pembosan orang yg lekas atau mudah berasa bosan. | Kamus Pelajar |
kera I | 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat mengerjakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlarilari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimas | 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenangkan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), mengganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gila | 1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): kelakuannya spt orang ~; rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat menggubat orang gila; anjing ~ anjing yg kena penyakit, anjing yg berbahaya; 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; anyam ~ anyam yg tidak tentu coraknya; harga ~ harga yg bukan biasa, terlalu mahal (murah); main ~ melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (spt meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dll); 4. ki terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dll) akan sesuatu: dia tu ~ menengok wayang; ~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat; ~ anjing = penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing; ~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik); ~ babi = ~ sawan sj penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi; ~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); ~ bayang cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); ~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; ~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan; ~ hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang; ~ isim gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin; ~ judi terlalu suka bermain judi; ~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya; ~ kuasa sangat ingin mendapat kuasa; ~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi; ~ politik selalu asyik dgn cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik; ~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya); ~ seks kecenderungan atau keinginan yg melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual; ~ talak tidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya); ~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila angau; tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok prb spt orang yg berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan; gila-gila 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; menggila 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu; menggilai 1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): siapa nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~ cahaya api; 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara, melayani, dll) baik-baik; menggilakan 1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila; 2. = mempergilakan menganggap (melayani dll) spt orang gila, mempermainkan (memperolokkan); 3. Mn menjaga (memelihara); tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: jangan ~ sangat hendak kahwin; tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dll) akan (seseorang atau sesuatu): abang sudah ~ gadis lain; ~ kuasa; kegilaan 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemuda-pemuda yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan, kebodohan; kegila-gilaan 1. sedikit gila, agak gila; 2. seakan-akan gila tampaknya: kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja; gelak ketawa yg terlalu ~; 3. terlalu suka (asyik, gemar, dll) sangat, tergila-gila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cet (cét) I | sr kata utk menyatakan perasaan tidak suka (gemar), cis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gila | 1 menanggung akibat sakit fikiran; tidak sihat fikiran; sakit otak: Di sana, ada dua tempat merawat orang-orang ~. 2 tidak spt biasa; tidak dpt diterima akal; yg bukan-bukan: ~, takkan dpt melompat setinggi itu! 3 terlalu suka atau gemar akan; sangat asyik: Dia memang ~ bermain bola. ~ asyik (berahi) terlalu asyik atau cinta. ~ babi penyakit urat saraf yg menyebabkan seseorang jatuh dan tidak sedar. ~ bahasa tidak berapa sopan budi bahasanya; tidak berapa waras fikirannya. ~ bayang mencintai seseorang yg tidak mengetahui atau tidak melayan cintanya itu. ~ bayang-bayang mengingini sesuatu yg tidak mungkin tercapai. ~ pangkat a. selalu mengejar atau mencari pangkat. b. berubah kelakuan atau sikapnya kerana mendapat pangkat tinggi. ~ perempuan terlalu gemar akan perempuan. ~ renang, = ~-~ air agak kurang baik ingatannya. ~ talak agak kurang siuman kerana selalu teringat akan bekas isteri atau suami yg sudah bercerai dgnnya. ~ urat sangat ingin hendak mengahwini seseorang tetapi tidak berupaya utk menyampaikan hajatnya itu. gila-gila 1 spt orang gila; seakan-akan gila (tidak senonoh dll). 2 agak gila; gila sedikit. menggila 1 bertambah-tambah (banyak, laju dll); menjadi-jadi: pergaduhan yg ~. 2 berkelakuan spt orang gila. menggilai terlalu asyik terhadap sesuatu atau seseorang. menggilakan menyebabkan jadi gila. tergila-gila terlalu gemar atau sangat suka akan; terlalu ingin: Jangan ~ akan bintang filem itu. kegilaan 1 sifat atau keadaan gila. 2 sesuatu yg melampaui batas. 3 kegemaran atau keasyikan yg berlebih-lebih. kegila-gilaan 1 agak gila; kelihatannya spt gila. 2 tergila-gila. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
celutak | Jw gemar makan barang yg tidak patut dimakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gila | 1. menanggung akibat sakit fikiran; tidak sihat fikirannya; sakit otaknya:Di sana, ada dua tempat merawat orang-orang ~. 2. tidak spt biasa; tidak dpt diterima akal; yg bukan-bukan: ~, takkan dpt melompat setinggi itu! 3. terlalu suka atau gemar akan; sangat asyik: Dia memang ~ bermain bola. ~ asyik (berahi) terlalu asyik atau cinta. ~ babi penyakit urat saraf yg menyebabkan seseorang jatuh dan tidak sedar. ~ bahasa tidak berapa sopan budi bahasanya; tidak berapa waras fikirannya. ~ bayang mencintai seseorang yg tidak mengetahui atau tidak melayan cintanya itu. ~ bayang-bayang mengingini sesuatu yg tidak mungkin tercapai. ~ pangkat a. selalu mengejar atau mencari pangkat. b. berubah kelakuan atau sikapnya kerana mendapat pangkat tinggi. ~ perempuan terlalu gemar akan perempuan. ~ renang, = ~-~ air agak kurang baik ingatannya. ~ talak agak kurang siuman kerana selalu teringat akan bekas isteri atau suami yg sudah bercerai dgnnya. ~ urat sangat ingin hendak mengahwini seseorang tetapi tidak berupaya utk menyampaikan hajatnya itu. gila-gila 1. spt orang gila; seakan-akan gila (tidak senonoh dll). 2. agak gila; gila sedikit. menggila 1. bertambah-tambah (banyak, laju dll); menjadi-jadi: pergaduhan yg ~. 2. berkelakuan spt orang gila. menggilai terlalu asyik terhadap sesuatu atau seseorang. menggilakan menyebabkan jadi gila. tergila-gila terlalu gemar atau sangat suka akan; terlalu ingin: Jangan ~ akan bintang filem itu. kegilaan 1. sifat atau keadaan gila. 2. sesuatu yg melampaui batas. 3. kegemaran atau keasyikan yg berlebih-lebih. kegila-gilaan 1. agak gila; kelihatannya spt gila. 2. tergila-gila. | Kamus Pelajar |
mencandui | 1. menjadikan ketagih (gemar, asyik): kalau saya tidak dicandui oleh keinginan utk jadi wartawan, tentulah saya tidak lekas-lekas meninggalkan bangku sekolah; 2. meracuni, memperdayakan, menipu: bukan maksud kami hendak ~ rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
succession politics | politik penggantian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Amalan politik yang cenderung kepada pertukaran pemerintah dan tidak gemar kepada pengekalan sesuatu rejim atau pemimpin. Politik penggantian ini memberi ruang kepada calon pemimpin bertanding atau turut serta dalam pemilihan dan rakyatnya pula bebas untuk memilih pemimpin baru. Contohnya, politik India era pasca-Gandhi dan Indonesia pasca-Soeharto telah menunjukkan sifat politik penggantian yang jelas apabila pemimpinnya sering bertukar ganti. |
wanderlust | gemar merantau | Pelancongan | Tiada | Keinginan individu untuk mengembara tanpa menetapkan destinasi yang dituju dan tidak terhad pada masa tertentu. |
reality effect | kesan realiti | Kesusasteraan | Tiada | Butiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: ...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi. Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan. |
digression | penyimpangan | Kesusasteraan | Tiada | Bahan yang kurang jelas kaitannya dengan tema atau perbincangan pokok yang dimasukkan ke dalam cerita sebelum cerita tersebut disambung semula. Daripada satu pihak, penyimpangan dianggap sebagai satu kelemahan kerana mengganggu perkembangan plot dan memperlihatkan pengarang tidak dapat mengawal jalan cerita dengan baik. Penyimpangan biasanya tidak digenari dalam esei formal, drama atau naratif yang padat serta kental susunannya. Daripada pihak yang lain, penyimpangan dianggap menawarkan kelegaan komik atau memberi maklumat tambahan untuk memperhebatkan cerita. Penyimpangan sering digunakan dalam novel pikares (picaro) dan novel epik. Antara bentuk penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan juga dijumpai dalam esei yang tidak formal sifatnya atau novel yang menggunakan aliran kesedaran. Penyimpangan yang panjang dikenali sebagai hujungan rinci. Antara penulis yang gemar menggunakan penyimpangan ialah Lawrence Sterne dalam karyanya yang berjudul Tristram Shandy. Karya ini mengandungi satu bahagian, iaitu Digression on Digressions, sementara dalam karya De Quincey pula penyimpangan dikatakan lebih panjang daripada tema utamanya. Dalam contoh sastera Melayu, episod punakawan dalam pewayangan adalah kelegaan komik yang boleh dianggap sebagai penyimpangan. Penyimpangan berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud pergi ke tepi. Lihat juga aliran kesedaran, epik, hubungan rinci, kelegaan komik, novel pikares, simile epik. |
ecriture | ecriture | Kesusasteraan | Tiada | Penulisan yang diberikan keutamaan berbanding dengan pengucapan. Sesuatu bentuk penulisan sama ada wacana, konteks sosial, politik dan linguistik semuanya membentuk makna. Dalam kesusasteraan, penulisan mempunyai empat makna seperti yang berikut: (a) penulisan sebagai gaya yang membentuk pandangan hidup dan bukan sesuatu yang neutral (b) penulisan sebagai aktiviti yang merujuk ke dalam diri, dan tidak di luar diri (c) penulisan sebagai difference, iaitu sesuatu yang maknanya sentiasa tertangguh dan berbeza (d) penulisan sebagai ecriture feminine, iaitu penulisan khusus tentang wanita yang bersifat gender. Ecriture berasal daripada perkataan Perancis bererti penulisan tetapi pengkritik sastera kurang gemar menggunakan perkataan ini kerana mereka berasa maksudnya kurang tepat. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
gila | gila; 1 tidak sihat atau tidak waras fikirannya: perangaisiyen sama tan a ~ kelakuannya spt orang gila; 2 bp tidak spt yg seharusnya, semestinya, selalunya, biasanya: rega ~ harga gila; 3 bp terlalu gemar, asyik, sayang, cinta, dll akan sst: ~ pegui tukih | Melanau Mukah | |
apeang | gila; 1 otak tidak waras: perangaisiyen sama tan a ~ kelakuannya tidak ubah spt orang gila; 2 bp tidak normal, luar biasa: rega ~ harga gila; 3 bp terlalu gemar, asyik, sayang, cinta, dll: ninai ~ pegui wayeang kereja gak lebok nda kalup gila menonton way | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lang Ib, MSr | pintu. | Ketika Pak Dollah sedang sibuk melayani beberapa orang cucunya yang masih bertelanjang dan tidak gemar berseluar, Ayu muncul di muka lang. Agak terperanjat Pak Dollah melihat keadaan Ayu. Dia sedang menangis. Perhatian Pak Dollah segera tertarik pada Ayu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
congek MSr | cengeng. | Di masjid banyak orang tau. Selalunya abang akan nangis kalau ditegur orang. Abang congek, usikku kerana aku mahu dia faham bahawa aku tidak gemar akan sikapnya itu. Dia agak terlalu pemalu sekurang-kurangnya pada kehendak atau penilaianku. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
|
|