Kata |
Takrif |
Sumber |
kisut | berkedut, berkerut (tidak licin), lisut: ia telah tua, mukanya telah agak ~; ~ lisut sangat berkedut; mengisut mulai kisut, menjadi kisut; mengisutkan menjadikan kisut (lisut), mengedutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lisut | 1. kecut dan kendur (kulit dll): kulitnya mulai ~; bengkaknya ~; 2. tidak segar lagi (bunga dll), layu; 3. ki sudah tua benar, layu: lelaki yg tua ~ itu tiba-tiba menjengah muka dr arah dapur; melisut menjadi lisut (kulit dll); melisutkan menjadikan lisut (kulit dll); kelisutan perihal lisut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lisut | 1 kecut atau kedut (bkn kulit buah dll). 2 tua benar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecut | 1 lebih kecil keadaannya (kerana dijemur, terlalu tua dll); lisut (kerana terkeluar isinya): Bunga itu ~. Bisulnya sudah ~. 2 tidak licin; berkerut; berkedut (bkn kulit tubuh dll). 3 = ~ hati berasa takut (gentar, gerun). ~ perut (dlm keadaan) sangat takut; gerun: Dia ~ perut apabila dipanggil oleh Guru Besar. mengecut menjadi semakin kecil; menjadi lisut: Kain itu ~ apabila dibasuh. mengecutkan 1 menjadikan kecut (lisut, susut); melisutkan: Ubat ini dpt ~ bisul dgn segera. 2 menyebabkan kecut hati; menakutkan; menggentarkan. pengecutan perbuatan (hal dsb) mengecut atau mengecutkan: ~ otot-otot. pengecut orang yg kecut hati; penakut: Budak ~ itu sudah lari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecut | 1. lebih kecil keadaannya (kerana dijemur, terlalu tua dll); lisut (kerana terkeluar isinya): Bunga itu ~. Bisulnya sudah ~. 2. tidak licin; berkerut; berkedut (bkn kulit tubuh dll). 3. = ~ hati berasa takut (gentar, gerun). mengecut menjadi semakin kecil; menjadi lisut:Kain itu ~ apabila dibasuh. mengecutkan 1. menjadikan kecut (lisut, susut); melisutkan:Ubat ini dpt ~ bisul dgn segera. 2. menyebabkan kecut hati; menakutkan; menggentarkan. pengecutan perbuatan (hal dsb) mengecut atau mengecutkan:~ otot-otot. pengecut orang yg kecut hati; penakut:Budak ~ itu sudah lari. | Kamus Pelajar |
kecut I | 1. kering dan berkedut (bkn kulit tubuh, buah, dll), kisut, lisut (kulit tubuh), kempis (bisul): buah yg ~ dan hampir busuk; bunga yg ~; ia kelihatan masih muda, belum begitu ternampak kedut dan ~nya; 2. berkerut; ~-berut Kl, Tr terlampau kecut (sayur, kulit tubuh, dll); 3. = ~ hati ki takut, gentar, gerun: ia gementar, ~ hatinya bukan main; ~ perut ki (berasa) sangat takut, ngeri, gerun; mengecut menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil: kain itu ~ setelah dibasuh; mengecutkan 1. menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengedutkan, mengerutkan: ubat ini boleh ~ bisul dgn segera; 2. = ~ hati menakutkan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati; kekecutan perihal kecut; pengecutan perihal atau perbuatan mengecut(kan): ~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak; pengecut orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kisut lisut | sangat berkedut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelisutan | perihal lisut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melisutkan | menjadikan lisut (kulit dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melisut | menjadi lisut (kulit dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kelepit | lisut, kecut; 1 kering dan berkedut (bkn kulit tubuh, buah, dll): buak wak ngak ~ sai a lok bak melei buah yg sudah lisut tak siapa yg mahu membeli; 2 ki sudah tua benar, layu: lakei ~ tua lisut; pajih ~ sangat lisut. | Melanau Mukah | |
lisut | kerenyet [krt] | Melanau Dalat | |
lanjut | lisut | TETAW | |
kerayut | kisut, lisut | Melanau Mukah | |
melawu | layu; 1 kering dan kecut bunga, daun, dll, lisut; 2 ki pucat dan lesu (bkn orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: inou nulik bunga kou ~, salak puun mula nimun apa sebab bungaku layu, salahkah pohon mula ditanam; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lisut | [li.sut] | ليسوت |
|
Tesaurus |
---|
| lisut (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kecut: berkedut, berkerut, keresot, kisut, merunyut, kerepot, kelambur, menggelembur, susut,
berkerunyut, Berantonim dengan tegang
2. Bersinonim dengan layu: tidak berseri, kering dan kecut, melipu, lecuh, alum, Berantonim dengan mekar
| Kata Terbitan : melisutkan, kelisutan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak kuda tepi gedung, Mari makan rumput rampai; Buah saya buah kedondong, Sampai lisut tak makan tupai.
Lihat selanjutnya... |
|