Kata |
Takrif |
Sumber |
mekar | = memekar 1 mula berkembang (bkn bunga); mengurai (bkn mayang). 2 berkembang dan menjadi banyak (bkn adunan); naik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mekar | = memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb); bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis embun keyakinan; memekarkan menjadikan mekar, mengembangkan; kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~ bunga-bunga di pekarang-an rumahnya itu; pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekar I | 1. kembang, mekar (bunga); 2. bercerai-cerai, berserak-serak, berpecah-pecah (tidak berlonggok atau berkumpul); mengekar mekar, berkembang (bunga): bunga sedang ~; mengekarkan memecahkan atau menceraikan (supaya tidak terkumpul lagi), menyelerakkan: nasi yg berketul-ketul itu dikekarkannya dgn garpu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembang I | 1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, menjadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau mengerikan), seram bulu tengkuk (kerana ketakutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau terbentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkembang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Zaba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkar | mekar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengekar | mekar, berkembang (bunga): bunga sedang ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memekarkan | menjadikan mekar, mengembangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkembangan | berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membengkar | kembang, mekar, terbuka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembang I | 1 mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2 menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll): Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. = ~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1 membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2 menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3 menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4 menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang; ~ agama orang yg menyebarkan agama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
blown | adj berkembang, mekar: a new-~ rose, bunga mawar yg baru mekar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
efflorescent | adj 1. sedang (berkembang) mekar; 2. (fig.) berkembang mekar, bersemarak; 3. (chem) peroi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blossom | vi 1. berbunga: the trees will soon ~, pokok-pokok itu akan berbunga tdk lama lagi; 2. (fig.) mekar, berkembang: their romance ~ed, percintaan mereka mekar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bloom | vi 1. bear flowers, berbunga: plants that ~ all the year round, pokok yg berbunga sepanjang tahun; 2. (of flower) open, mekar, kembang; 3. flourish, berkembang (subur): talent that ~s at an early age, bakat yg berkembang subur pd usia yg muda; 4. be in full beauty and perfection, mekar: a scrawny child who ~ed into a beautiful woman, kanak-kanak kurus kering yg mekar menjadi wanita yg cantik; 5. glow, berseri: the childs face ~s with health, muka kanak-kanak itu berseri krn sihat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flower | vi 1. produce flowers, berbunga: the hibiscus ~ed late this year, bunga raya berbunga lewat tahun ini; 2. reach full growth, (me)mekar: his artistic talent ~ed early, bakat seninya memekar awal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
full-blown | adj 1. fully developed, dlm erti kata yg sebenar: a ~ war, peperangan dlm erti kata yg sebenar; 2. (usu liter.) in full bloom, kembang mekar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flower | n 1. (part of plant or stem containing it) bunga: a bunch of ~s arranged in a vase, sejambak bunga yg digubah dlm jambangan; in ~, sedang berbunga; burst into ~, /mekar, berkembang/ semuanya; come into ~, (mula) /berbunga, berkembang/; 2. small plant grown for its blossom, (pokok) bunga: in the morning we planted ~s in the back garden, pd waktu pagi kami menanam bunga di taman belakang rumah; 3. the best or finest examples, yg terbaik: the conference was attended by the ~ of the medical profession, persidangan itu dihadiri oleh yg terbaik antara pengamal perubatan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
expand | vi 1. become greater in volume, size, etc, mengembang; (of tyre) mengambung, mengembang: iron ~s when heated, besi mengembang apabila dipanaskan; 2. (of petals) be spread out, berkembang, mekar; 3. become bigger, more successful, etc, berkembang: the business was expanding too rapidly, perniagaan itu berkembang dgn terlalu pesat; so.s face ~ed in a smile, sso tersenyum lebar; 4. become more friendly, (menjadi) lebih mesra; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bring | b. cause st to be outside, membawa keluar sst: he brought out some chairs and set them on the patio, dia membawa keluar beberapa buah kerusi dan meletakkannya di laman dalam; c. make st apparent, /menampakkan, memperlihatkan/ sst: cross examination should ~ out the truth, pemeriksaan balas seharusnya memperlihatkan kebenaran; wealth has brought out the worst in him, kekayaan telah menampakkan sifatnya yg paling buruk; d. cause st to develop, menyebabkan sst /mekar, berkembang/: the sun will ~ out the flowers, matahari akan menyebabkan bunga-bunga mekar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
come | ~ out, a. move outside, keluar: he came out of the room with a file under his arm, dia keluar dr bilik itu sambil mengepit fail; b. be removed, tanggal, hilang; (of colour) turun: the coffee stain will ~ out quite easily, kesan kopi itu akan tanggal dgn mudah; the colour came out when I washed the material, warna kain itu turun semasa saya membasuhnya; c. be freed (from gaol etc) keluar: he will be coming out of prison soon, dia akan keluar dr penjara tdk lama lagi; d. appear (of sun) keluar, muncul; e. flower, berbunga; f. bloom, berkembang, mekar: the roses are all coming out, bunga-bunga mawar sedang berkembang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
iconic symbol | lambang ikonik | Kesusasteraan | Puisi | Lambang yang mempunyai sifat-sifat ikonik yang digunakan oleh penyair bagi mewakili sesuatu yang lain sama ada berupa objek atau unsur-unsur kemanusiaan. Dalam puisi ini 'merpati putih' melambangkan kedamaian dan keamanan seperti yang digambarkan dalam puisi "Merpati Putih, Jelajahilah Dunia ini" karya Usman Awang. Merpati putih, jelajahilah dunia ini! Hembuskan udara baru yang kauhirup dari malam, Biar bunga-bunga mekar menguntum, Biar bibir-bibir segar tersenyum. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
mekar | bebukak [bbukak]; mekar upat (tepung)[mka upat] [tpu] | Melanau Dalat | |
mekar | nguntum. | kedayan | |
mekeah I | mekar: bunga japan ~ bunga baru mekar; | Melanau Mukah | |
mesai I | mekar: bunga wak bateng ~ bunga yg sedang mekar; | Melanau Mukah | |
pekeang | mekar | TETAW | |
kembang | mekar upat [mka upat] | Melanau Dalat | |
kekar | mekar [mkar]; tagep [tagp] | Melanau Dalat | |
Kamus Thai 2.indb pen- jaja berniaga di ruang siar kaki. บาทหลวง [ba:tlua] น paderi บาน 1 [ba:n] ลน (ประตู หน ้ าต ่ าง) keping บาน 2 [ba:n] ก kembang, mekar บานเกล็ด [-ba:nklet] น tingkap nako บานประตู [-ba:npratu:] น daun pintu บานพับ [-ba:npap] น engsel บานหน ้ าต ่ าง [-ba:nna:ta:] น daun tingkap บ อย ่ างแยบยลในการแก ้ ปัญหาภาคใต ้ Kerajaan mengatur rancangan dengan teliti un- tuk mengatasi masalah selatan Thai. แยม [yε:m] น jem แย ้ ม [yε:m] ก (ดอกไม ้ ) mekar แยแส [yε:sε:] ก mengendahkan: เด็ก ซนคนนั้ นไม ่ แยแสต ่ อคำสั่ งห ้ ามของแม ่ ของเขา Budak nakal itu tidak mengendahkan larangan ibunya. แยะ [yε] ว banyak โยเย [yo
|
Kamus Thai 2.indb ตู ้ เย็น [-yen] น peti sejuk ตูด [tu:t] น dubur ตูม [tu:m] ว menguntum: ในสวนดอกไม ้ นั้ นมีทั้ งดอกบานและดอกตูม Dalam taman bunga itu ada bunga yang sudah mekar, dan ada yang masih menguntum. เต ่ ง [te] ว tegang: แม ้ ว ่ าเขาจะอายุมากผิวหนัง ของเขายังเต ่ งตึง Sungguhpun orang itu su dah berumur kulitnya masih tegang. เต ้ |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mekar | [me.kar] | مکر |
mengkar (mekar) | [meng.kar] | مڠکر |
|
Puisi |
---|
|
Sungai Singapura tanah malia, Daun mekar dilayang angin; Pura-pura melihat saya, Ekor mata pandai bermain.
Lihat selanjutnya... |
|