Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak masak langsung hangus.

Takrif

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu langit, b. Terlampau panggang jadi hangus).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang.

Takrif

Hendak laba, langsung jadi rugi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada.

Takrif

Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan.

Takrif

Hendak laba, langsung jadi rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak harum terlalu hangit.

Takrif

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak masak langsung hangus, b. Terlampau panggang jadi hangus).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak tinggi terlalu, jatuh.

Takrif

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak panjang terlalu, patah.

Takrif

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlampau panggang jadi hangus.

Takrif

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Hendak menuju pergi Kemboja;
Jika sudah terkata langsung,
     Mahal dan murah ikut harga.



Lihat selanjutnya...