Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KARBIN

Karbin ialah senapang yang pendek dan ringan.

Beratnya kira-kira 3.2 kilogram, atau kira-kira 1.4

kilogram kurang daripada berat sepucuk senapang

biasa.

UMUM
PULAU THURSDAY

Pulau Thursday terletak di Selat Tores, kira-kira

40 kilometer ke utara Cape York di Australia. Ia

meliputi keluasan kira-kira 2.5 kilometer persegi.

Pulau ini merupakan pusat pentadbiran Kepulauan

Selat Torres. Di Pulau Thursday terdapat pejabat

kerajaan, sebuah hospital, sebuah stesen radio dan

telegraf dan sebuah stesen penyelidikan mutiara.

Lebih daripada 2200 orang tinggal di pulau ini.

Kebanyakannya adalah penduduk Kepulauan Selat

Torres. Orang Eropah mula menetap di pulau ini

pada tahun 1877.

UMUM
BURUNG GAJAH

Burung gajah ialah mana-mana satu daripada

kira-kira tujuh spesies burung raksasa yang telah

pupus yang pernah hidup di Pulau Madagascar.

Burung ini tidak boleh terbang. Burung gajah

yang terbesar tingginya kira-kira tiga meter dan

beratnya kira-kira 450 kilogram.

UMUM
TASIK ALBERT

Tasik Albert, juga dikenal sebagai Albert

Nyanza, salah sebuah punca Sungai Nil. Tasik ini

terletak di antara Uganda dengan Zaire. Ia meliputi

kira-kira 4248 kilometer persegi. Panjangnya kira-kira

160 kilometer dan lebarnya kira-kira 32

kilometer. Air Tasik Albert datangnya dari Tasik

Edward di selatan melalui Sungai Semliki dan

mengalir keluar ke utara melalui Nil Albert. Tasik

Albert dinamakan sempena suami Ratu Victoria

dari Great Britain.

UMUM
PULAU KRISMAS

Pulau Krismas ialah wilayah Australia di Lautan

Hindi, kira-kira 2500 kilometer di barat Laut Perth.

Pulau ini berukuran kira-kira 20 kilometer panjang

dan 15 kilometer lebar. Industri utamanya ialah

melombong fosfat. Penduduknya berjumlah 3000

orang yang kebanyakannya berketurunan Cina atau

Melayu.

UMUM
SUNGAI ODER

Sungai Oder ialah jalan air yang penting di

Eropah Tengah. Panjangnya kira-kira 855 kilometer

dan menyaliri kawasan seluas kira-kira 119 000

kilometer persegi.

UMUM
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (19391945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM
POLINESIA PERANCIS

Polinesia Perancis ialah wilayah seberang laut

kepunyaan Perancis. Wilayah ini terletak di Lautan

Pasifik, kira-kira 4500 kilometer ke selatan Hawaii.

Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta).

Wilayah ini terdiri daripada kira-kira 120 buah

pulau yang berselerak merentangi kawasan seluas

kira-kira sebesar barat Eropah. Pulau ini terdiri

kebanyakannya daripada gugusan kepulauan

Austral, Gambier, Marquesas, Society, dan

Tuamotu. Papeete, di Tahiti salah sebuah

pulau dalam Kepulauan Society ialah

ibu wilayah ini.

UMUM
NIUE

Niue ialah negeri kepulauan yang berkerajaan

sendiri di Lautan Pasifik Selatan. Ia terletak kira-kira

480 kilometer di timur laut Tonga dan kira-kira 560

kilometer di tenggara Samoa Barat. Lihat

Kepulauan Pasifik (peta). Keluasan Niue adalah

21 kilometer panjang dan 18 kilometer lebar.

UMUM
ORANG TURKI

Orang Turki ialah orang yang bertutur dalam

bahasa Turkik. Terdapat kira-kira 10 bahasa Turkik.

Bahasa utama ialah bahasa Turki. Hampir separuh

daripada kira-kira 90 juta orang Turki di dunia tinggal

di Turki. Yang lainnya tinggal di kawasan Asia Tengah,

di Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan,

dan Uzbekistan. Terdapat juga komuniti besar orang

Turki di Afghanistan, China, Iran, Mongolia, dan

Rusia. Sesetengah orang Turki juga tinggal di negara

Balkan, di tenggara Eropah.

UMUM
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Puisi
 

Tidak dapat dikira-kira,
     Air mata jatuh segera;
Karam di laut angin di udara,
     Karam di hati kerana cinta.



Lihat selanjutnya...