Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
mitochondrionMembran biologi yang mengurungi organel dan ditemui dalam kebanyakan sel eukariotik. Satu sel eukariotik yang tipikal mengandungi kira-kira 2000 mitokondria dan membentuk kira-kira 20% daripada isi padu keseluruhannya. Membran ini dapat mengubah molekul makanan dalam bentuk molekul ATP untuk menyimpan tenaga. Lihat juga adenosina trifosfat (ATP).
genechipCip yang mengukur paras ungkapan gen secara serentak ke atas semua transkrip dalam sesuatu sampel tisu. Cip ini bersaiz sama seperti satu setem pos yang terdiri daripada substrat kaca yang mengandungi kira-kira 400 000 sel halus. Setiap sel tersebut memegang DNA daripada pelbagai gen manusia. Cip ini digunakan untuk menganalisis gen, seperti pengenalpastian gen kanser.
nanostrandBebenang dengan ketebalan bersaiz nano yang digunakan untuk menghubungkan atau mengikat dua atau lebih struktur molekul. Contohnya, dua bebenang digunakan untuk menghubungkan struktur nukleotid, adenina dan timina kepada pasangan heliks DNA dan begitu juga dua lembar lagi untuk mengikat struktur nukleotid, guanina dan sitosina pada pasangan heliks tersebut. Tebal bagi bebenang ini adalah kira-kira 0.34 nm.
electron affinityTenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol.
amorphous computingPengkomputeran yang berasaskan bilangan peranti ringkas yang geriak (terlalu banyak) sebagai ganti kepada bilangan kecil mikropemproses megalitik. Setiap peranti hanya dapat menjalankan beberapa kerja mudah dan boleh gagal tanpa menjejaskan sistem keseluruhan. Algoritma adalah rumit dan direka bentuk dengan mengambil kira keterbatasan kemampuan setiap unsur serta kemungkinan kegagalan unsur tersebut. Sinonim pengkomputeran geriak.
1
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Puisi
 

Tidak dapat dikira-kira,
     Air mata jatuh segera;
Karam di laut angin di udara,
     Karam di hati kerana cinta.



Lihat selanjutnya...