Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AIS KERING

 Ais kering ialah karbon dioksida pepejal. Nama

ais kering merujuk kepada hakikat bahawa bahan

ini berubah bentuk daripada pepejal kepada gas

tanpa terlebih dahulu menjadi cecair.

UMUM
CUCIAN KERINGUMUM
GETAH KERINGBahan yang diperoleh daripada pokok getah janis Hea Brasiliensis yang berasal dari Brazil.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
PERLADANGAN KERING

Perladangan kering ialah proses menanam

tanaman di kawasan separa kontang tanpa

pengairan. Kawasan separa kontang menerima

sedikit hujan semasa musim penanaman. Oleh

itu, peladang di kawasan ini cuba menambah

amaun air yang menyerap ke dalam tanah

semasa musim hujan dan salji. Semasa musim

pertumbuhan, tanaman menyerap air yang

tersimpan dalam tanah.

UMUM
DOK KERING

Dok kering ialah satu kawasan tempat kapal

dikeluarkan dari kawasan perairan supaya

kerja-kerja pembaikan boleh dilakukan terhadap

kapal tersebut di bawah paras air laut.

UMUM
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM
RUMPUT KERING

Rumput kering yang terdiri daripada batang

dan daun pokok yang sudah kering dan berguna

sebagai makanan lembu, kuda dan haiwan lain.

UMUMUmum
TASIK HINDMARSH

Tasik Hindmarsh ialah tasik air tawar yang

terbesar di Victoria, Australia. Luas tasik ini 12 000

hektar. Pinggir tasik ini melebihi 64 kilometer

namun permukaan airnya tidak menentu kerana

tasik ini menjadi kering pada tahun yang kering

dan menjadi sebuah kawasan tanah datar yang

diselaputi garam.

Tasik Hindmarsh terletak di Dimboola Shire,

kira-kira lima kilometer ke timur laut Jeparit.

UMUM
TEMBAKAU SEDUTAN

Tembakau sedutan ialah serbuk lembap atau

kering yang dibuat daripada daun pokok

tembakau. Tembakau mulu-mula ditapai oleh

haba dan lembapan kemudian dikeringkan dan

ditumbuk. Tembakau sedutan lembap diletakkan

di celah pipi dan gusi. Tembakau sedutan kering

mungkin dihidu melalui lubang hidung, digosok

pada gusi atau dicelup iaitu diletakkan di dalam

mulut, biasanya di celah gusi dan bibir bawah.

Pelbagai perisa ditambah pada tembakau sedutan

untuk menambah rasanya. Pengambilan tembakau

sedutan boleh mengganggu saraf yang membawa

deria bau dan mengurangkan kebolehan

mengecam bau. Ramai doktor percaya bahawa

penggunaan tembakau sedutan meningkatkan

risiko menghidap kanser mulut dan penyakit gusi

yang lain.

UMUM
SEKOI

Sekoi ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang

kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah

kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting

makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika.

Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi

tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis

digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di

sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi,

digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.

UMUM
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.



Lihat selanjutnya...