Kata |
Takrif |
Sumber |
kontang I | tidak berair; kering: kering ~ sedikit pun tidak berair; kering sekali. mengontang menjadi kontang. pengontangan hal menjadi kontang: Salah satu fungsi kulit adalah mencegah ~ tisu-tisu badan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontang | tidak berair; kering:kering ~ sedikit pun tidak berair; kering sekali. mengontang menjadi kering. pengontangan hal menjadi kering:Salah satu fungsi kulit ialah mencegah ~ tisu-tisu badan. | Kamus Pelajar |
kering I | 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawasan, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat terkejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, mengusahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengeringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perigi buta | perigi yg tidak berair lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perigi buta | perigi yg tidak berair; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timpas | 2 tidak berair (ttg telaga dsb); kering. | Kamus Pelajar |
tohor | 2 tidak berair kerana ditimba dll; hampir kering. | Kamus Pelajar |
wadi I | Ar sungai yg tidak berair di padang pasir (berisi air apabila turun hujan), lembah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeringi | membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kering-kelontang (-kerontang, -kontang) | kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dehydrated | ternyahhidrat | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang tidak berair, kering atau kontang. |
multilayered aquifer | akuifer lapisan ganda | Hidrogeologi | Tiada | Sistem akuifer yang mengandungi bahan berair dan tidak berair yang berselingan setempat, dengan permukaan potensiometri setiap bahan berairnya mencerminkan paras tekanan hidrostatik yang sama kerana perhubungan serantau mereka. |
carr | kar | Geografi | Tiada | Pokok kayu di kawasan teren berair di mana nilai pH tanih tidak begitu berasid dan tidak kekurangan unsur-unsur mineral. |
hydrophobic filter | penuras hidrofobik | Sains Kesihatan | Tiada | Penuras yang tidak dibasahi bahan berair. |
oedema | edema | Herba | Fitoterapi | Pengumpulan cecair secara berlebihan akibat penyerapan yang tidak normal di dalam tisu penghubung; pembengkakan berair di dalam organ atau bahagian badan yang lain. Sinonim dropsi. |
nebula | nebula | Perubatan | Tiada | 1. Kelegapan ringan pada kornea, yang kelihatan secara pencahayaan menyerong. Keadaan begini biasanya tidak mengganggu penglihatan. 2. Kekeruhan air kencing. 3. Sediaan berminyak, berair atau beralkohol yang digunakan di dalam alat pengabus. |
free floating plant | tumbuhan terapung bebas | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar terapung di dalam air dan tidak berada di dalam tanah atau dasar kawasan berair. Tumbuh-tumbuhan ini boleh bergerak bebas di dalam air dan boleh berpindah mengikut arus atau tiupan angin. Contoh tumbuhan terapung bebas ialah keladi bunting, kubis air dan kiambang |
Vallisneria sp. | Vallisneria sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan tenggelam yang juga dikenali sebagai Eelgrass atau Tape grass. Tumbuhan ini tidak berbatang dan akarnya berada di dalam dasar kawasan berair. Daun tumbuhan ini berbentuk seperti helaian riben yang mempunyai rongga udara untuk membolehkannya berkedudukan tegak di dalam air. Jumlah daunnya juga boleh mencapai sehingga 5 6 helai. Tumbuhan ini juga mempunyai bunga yang terkeluar daripada air. Vallisneria sp. mempunyai stolon yang juga merupakan tempat tumbuh anak pokoknya. Vallisneria sp. juga sering dijadikan tumbuhan dalam akuarium. Terdapat beberapa jenis Vallisneria sp., iaitu Vallisneria americana, Vallisneria caulescens dan Vallisneria spiralis. |
ground plate | plat bumi | Teknik | Elektrik | Plat berbentuk segi empat yang ditanam dalam bumi untuk dijadikan elektrod bumi. Pembumian cara ini tidak memberikan rintangan bumi yang memuaskan kecuali digunakan di tempat-tempat berair atau lembap. |
submerged plant | tumbuhan tenggelam | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Tumbuhan tenggelam ini tumbuh dari dasar kawasan berair. Keseluruhan tumbuh-tumbuhan ini tidak akan berada di luar air. Contoh tumbuhan tenggelam ialah Vallisneria sp., Cabomba sp. dan Aponogeton sp. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
doyoh | darat (sebagai lawan laut atau air). | bidoyoh | ada darat (tidak berair) | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
sien | tangis, nangis, menangis | pinyien | mudah atau suka menangis, kememih, congeng, Ms congek | sien dari | - | menangis tidak berair mata, menangis dalam hati (biasanya lalaki) | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
umon | cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. (tidak mempunyai bau, warna atau rasa) | birumon | berair, mengandungi air (spt. dlm. kolam, sungai, buah-buahan dll). Mengeluarkan cecair atau air. | Birumon sikuh | - | Bekerja keras. | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
piin | air, cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hydrogen dan satu bahagian oksigen (dalam keadaan yang murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa). | bipiin | berair, mempunyai air | nyam piin boton | - | untuk menerangkan sesuatu yang sangat tawar rasanya. | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
weang I | kering; 1 tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): parit semua weang jaka ayeang parit semua kering musim kemarau; 2 tidak basah lagi atau lembap: baih temok biyaihsiyen naid pebak tuala ~ selepas mandi badannya dipetap dgn tuala kering; 3 kemarau | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
balung Bj Sm | sejenis obor-obor yang berbisa (tidak boleh dimakan). | Balung atau ubur-ubur selalunya banyak dan bermusim pada bulan Ogos hingga November setiap tahun. Mereka suka berenang di permukaan laut yang berair jernih. Kelajuannya boleh mencapai 4 knot. Warnanya putih dan kadang-kadang macam warna air susu. Ia boleh disebarkan oleh angin dan ombak. Mereka tinggal di semua bahagian laut, jelas Pak Hilun sambil memandang Minarni. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang mengandungi sel yang merembeskan asid hidroklorik dan enzim pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin. Bahagian ini juga dikenali sebagai perut sebenar. (BIO) aboospore (aboospora) Oospora yang berkembang secara partenogenesis, iaitu tidak melalui perse- abiogenesis aboospore Kamus Sains.indb 2 7/8/08 11:44:02 AM 3 nyawaan atau pembiakan seks. (BIO) abortifacient (abortifasien/agen penggugur) Agen, ubat atau lain-lain
|
Kamus Thai 2.indb Negara Thai. 3 mengacukan: ชายในเครื่ องแบบนั้ น จ ้ องปืนของเขามาที่ เรา Lelaki berpakaian seragam itu mengacukan senapangnya ke arah kami. จองหอง [c:h:] ว sombong: ฉันไม ่ ชอบเขาเพราะเขาจองหองมาก Saya tidak suka padanya kerana dia sangat sombong. จอแจ [c:cε:] ว hingar-bingar, hi ngar-bangar, hiruk-pikuk, bising, ri- uh-rendah: บรรยากาศที่ ตลาดนั้ นจอแจมาก Keadaan di pasar itu hingar-bingar ] ว 1 (สี) muda: สีของผนังนี้ ยัง จางอยู ่ ต ้ องทาสีอีกชั้ นหนึ่ ง Warna cat pada dinding ini masih muda, sapulah sela pis lagi. 2 (กลิ ่ น) kurang, tidak kuat จ ้ าง [ca:] ก mengupah: บริษัทท ่ องเที่ ยว จ ้ างนักศึกษาเก็บข ้ อมูลการวิจัย Syarikat pe lancongan mengupah pelajar memu ngut data kajian. จาน [ca:n] น
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kemarau | drought | Keadaan kering kontang dan tidak berair kerana tiada hujan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
|
|