Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Panjang-panjang ruasnya bangsi, Lebih panjang ruasnya banta; Kenyang-kenyang memakan nasi, Lebih kenyang bermain mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang darat menganyam kelasah, Buat kelarai bunga cempaka; Makan tak kenyang mandi tak basah, Sudahlah adat orang bercinta.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ubi kentang si ubi temu, Di bawah pokok jantan mawar; Orang yang kenyang kalau dijamu, Lauk sedap dikatakan tawar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang bandar bersanggul dua, Orang barat bersanggul lintang; Alangkah baik berbini tua, Perut kenyang pengajaran datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Raja Ainon jalan ke selat, Pulau Pinang pasirnya halus; Air kuminum terasa kelat, Usahkan kenyang bertambah haus.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pasang air Tanjung Simasta, Pasang tidak bertenang lagi; Budi tuan lekat di mata, Makan tidak kenyang lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang.
1
Tesaurus
 
kenyang (adjektif)
Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;,
Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan,

Puisi
 

Orang darat menganyam kelasah,
     Buat kelarai bunga cempaka;
Makan tak kenyang mandi tak basah,
     Sudahlah adat orang bercinta.



Lihat selanjutnya...