Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai lukah, tak penuh air.

Takrif

Selalu hendak makan saja, tak ada kenyang-kenyangnya. (Biasa juga: Macam lukah, tak kenyang-kenyang oleh air).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas.

Takrif

Hidup dalam kemiskinan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah kenyang makan kerak.

Takrif

Sudah banyak pengalaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pacat kenyang.

Takrif

Sehabis makan di rumah orang, lalu pergi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bunyi siamang kenyang.

Takrif

Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada lukah yang kenyang oleh air.

Takrif

Tabiat manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diperolehnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Geleng seperti si patung kenyang.

Takrif

Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jung pecah, yu yang kenyang.

Takrif

Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepanjang-panjang tali, sekenyang-kenyang banteng.

Takrif

Tidak ada daya upaya lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidur tak lelap, makan tak kenyang.

Takrif

Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
kenyang (adjektif)
Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;,
Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan,

Puisi
 

Orang darat menganyam kelasah,
     Buat kelarai bunga cempaka;
Makan tak kenyang mandi tak basah,
     Sudahlah adat orang bercinta.



Lihat selanjutnya...