Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Panjang-panjang ruasnya bangsi, Lebih panjang ruasnya banta; Kenyang-kenyang memakan nasi, Lebih kenyang bermain mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang berangkat tentulah senang, Senang pula cita rasanya; Orang berpangkat tentulah kenyang, Kenyang pula saudara-maranya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak tertawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat, Membuka mata menerangi hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak Ketawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat. Membuka mata menerangi hatiKhazanah Pantun Melayu RiauAdat
Makan jangan kenyang, Lapar jangan kebulur; Bukan tidak sayang, Salam tidak dihulur.Pantun Melayu SarawakBudi
Biarpun makan belum kenyang, Jangan meminta nasi tetangga; Biarpun badan belum senang, Jangan dicuba mengambil muka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Belum makan sudahlah kenyang, Tanda serumah ada teduhnya; Belum dipesan sudahlah datang, Tanda kita ada jodohnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau makan sudah kenyang, Mahu berjalan tiada halangan; Jikalau nyawa sudah melayang, Barulah tuan hamba lepaskan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak kancil memungut jambu, Sudah kenyang lari ke hutan; Sejak kecil menuntut ilmu, Supaya senang hari kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Walau makan berlimpah lauk, Kerana kenyang ditolak juga; Walau badanlah tua bongkok, Kerana dipinang berbedak juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
 
kenyang (adjektif)
Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;,
Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan,

Puisi
 

Orang darat menganyam kelasah,
     Buat kelarai bunga cempaka;
Makan tak kenyang mandi tak basah,
     Sudahlah adat orang bercinta.



Lihat selanjutnya...