Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bagaimana menulis "... kaum Ad"? a) ... kaum Ad b) ... Kaum Ad Sekian, terima kasihCara yang betul ialah ...kaum Ad.Tatabahasa12.04.2013
Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan.Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud  kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak.Makna01.06.2010
berbilang-bilang kaum atau berbilang kaum?Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud lebih drpd satu banyaknya.Istilah11.07.2010
wujud ke perkataan berbilang-bilang kaum? ata berbilang kaum?Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud  lebih drpd satu banyaknya.Istilah11.07.2010
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
Ayat manakah yang betul? A) Aktiviti itu diadakan untuk menjalin dan meningkatkan persefahaman antara kaum. B) Aktiviti itu diadakan untuk menjalinkan dan meningkatkan persefahaman antara kaum.Ayat yang gramatis ialah Aktiviti itu diadakan untuk menjalin dan meningkatkan persefahaman antara kaum.Tatabahasa04.06.2012
Penyertaan semua kaum dalam bidang sukan dapat menyuburkan lagi semangat perpaduan. Ayat ini betul atau salah?Ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa01.10.2013
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih!Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara.Tatabahasa09.11.2011
Tuan.. apakah perkataan paling tepat untuk ayat di bawah Bilangan Pelajar Mengikut Kaum @ Bilangan Pelajar Mengikut bangsa taburan data untuk ketiga-tiga bangsa atau kaum ( Melayu, Cina India)jawapan yang betul ialah Bilangan Pelajar Mengikut bangsa taburan data untuk ketiga-tiga bangsa atau kaum       (Melayu, Cina India)Istilah19.04.2011
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.



Lihat selanjutnya...