Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menghadapkan bedil pulang.

Takrif

Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Takrif

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Degar-degar merapati.

Takrif

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat perahu takkan karam sebelah.

Takrif

Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencukur kepala.

Takrif

Perbuatan yang memalukan kaum keluarga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memperhujankan (= menghujani) garam sendiri.

Takrif

Menghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: a. Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?, b. Membasahkan garam sendiri).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mana sungai yang tiada berhulu?

Takrif

Mana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya?

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menebas buluh serumpun (= seperdu).

Takrif

Merosakkan nama kaum kerabat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencabik baju di dada.

Takrif

Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun.

Takrif

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.



Lihat selanjutnya...