Kata |
Takrif |
Sumber |
kabilah | golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. | Kamus Pelajar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
shir ?l -?ij? | shir ?l -?ij? | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang mengandungi unsur sindir cerca. Shir ?l-hij? berpunca daripada budaya kehidupan kabilah Arab yang suka mengangkat kedudukan kabilah masing-masing dan merendah-rendahkan pihak lawan. Mengikut tradisi Arab Jahiliah shir ?l -?ij? merupakan genre yang popular. Shir ?l -?ij? boleh dilihat dari sudut keturunan dan sudut sahsiah atau peribadi. Pada zaman Jahiliah, tidak ada kabilah atau individu yang dapat mengelakkan diri daripada disindir dengan Shir ?l-hij?. Shir ?l-hij? sering disalahgunakan oleh beberapa penyair Jahiliah seperti al-Hutayah kerana menghasilkan puisi cercaan yang keterlaluan. Antara penyair Shir ?l-hij? ialah Jarir dan Farazdaq (zaman Abbasiah). Lihat juga shir ?l-f?khr, shir ?l-??m?s?h, shir ?l-m?d?. |
tribal politics | politik kabilah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan. |
tribal politics | politik kesukuan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat politik kabilah. |
shir ?l-f?khr | shir ?l-f?khr | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shir ?l-m?d? dan shir ?l-hij?. Shir ?l-f?khr berbeza dengan shir ?l-m?d? dan shir ?l-hij?. Melalui Shir ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shir ?l-m?d? dan shir ?l-hij? merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Tai, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shir ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman Jahiliah. Fenomena ini berpunca daripada faktor perbezaan fahaman politik dan parti antara satu golongan dengan golongan yang lain. Oleh yang demikian, shir ?l-f?khr pada zaman ini mengandungi mesej shir ?l-hij?. Antara pencipta shir ?l-f?khr ialah Imrual-Qays (Diwan, zaman Jahiliah) dan Abdullah ibn Amir (Diwan, zaman awal Islam). Lihat juga shi`r ?l-?am?s?h, shi`r ?l-m?d?. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kabilah | kaum [kaum] | Melanau Dalat | |
kabilah | sukuk bangsak, kaum. | kedayan | |
kaum | kabilah | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kabilah | [qa.bi.lah] | قبيله |
|
|