Kata |
Takrif |
Sumber |
perdamaian | perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perang sipil | Id perang antara orang-orang yg sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perang saudara | Id perang antara orang-orang yg sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kimaragang | suku kaum peribumi di Sabah yg terkenal dgn nama Maragang, kebanyakannya tinggal di daerah Kota Marudu, yg terbahagi kpd beberapa puak kecil, spt puak Garoh, Talantang, Tinagas dan Sonsogon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puak | kumpulan orang yg mempunyai sifat (fahaman dll) yg sama; golongan; kaum: Di Sarawak, terdapat beberapa ~ yg berbeza cara hidupnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puak pembangkang | parti politik yg bukan parti pemerintah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puak liberal | orang (parti) yg berfaham sederhana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puak kiri | orang (parti) yg berfaham kiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puak | kumpulan orang yg mempunyai sifat (fahaman dll) yg sama; golongan; kaum:> Di Sarawak terdapat beberapa ~ yg berbeza cara hidupnya. | Kamus Pelajar |
puak | 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
barbarian | adj gasar, tdk bertamadun: ~ tribes, puak-puak gasar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
faction | n 1. discontented minority within a larger group, puak: warring ~s, puak-puak yg bermusuhan; 2. conflict, perselisihan, pertikaian, perbalahan: a party destroyed by internal ~, parti yg musnah akibat perbalahan dalaman. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dissident | adj 1. (of person, group, etc) penentang: ~ elements, anasir-anasir penentang; ~ factions, puak-puak penentang; 2. (of opinion, view, etc) menentang: ~ views, pendapat yg menentang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dissonant | adj 1. (mus) disonan, sumbang; 2. not harmonious, at variance, bercanggah: ~ factions, puak-puak yg bercanggah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
factional | adj 1. belonging to a faction, puak: a ~ leader, ketua puak; 2. characterized by factions, berpuak(-puak): ~ interest, kepentingan berpuak-puak; 3. occurring between factions, antara puak: ~ disputes, pertelingkahan antara puak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clannish | adj berpuak-puak: ~ attitude, sikap berpuak-puak; ~ immigrants, pendatang yg berpuak-puak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
factious | adj 1. rel to faction, berpuak(-puak): ~ spirit, semangat berpuak-puak; 2. creating conflict, (bertujuan) utk memecahbelahkan: ~ arguments, hujah-hujah yg bertujuan utk memecahbelahkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
factionalism | n faham berpuak(-puak). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
headman | n (of village) ketua kampung; (of tribe) ketua /kaum, puak/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
extreme | she is a supporter of the ~ left wing of the party, dia penyokong puak kiri parti itu yg melampau; an ~ socialist, sosialis yg ekstrem; he has ~ views about the Church and politics, dia mempunyai pandangan yg keterlaluan ttg penglibatan Gereja dlm politik; d. having specified characteristic to the greatest extent, ekstrem: your behaviour towards me is an ~ example of rudeness, tingkah laku kamu thdp saya ialah contoh ekstrem sikap biadab; in ~ cases, the police are called in to conduct a thorough investigation, dlm kes-kes ekstrem, pihak polis dipanggil utk menjalankan penyiasatan yg rapi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
rightist | puak kanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan yang cenderung kepada fahaman konservatif. Golongan ini tidak suka kepada tindakan radikal atau perubahan besar yang mendadak. Mereka lebih cenderung kepada pengekalan status quo dan pemeliharaan tradisi masyarakat yang sedia ada dan dalam keadaan tertentu bersifat perkauman yang bergerak untuk memelihara kepentingan kaumnya. Kumpulan ini juga boleh bersifat ekstrem kaum seperti golongan fasis Nazi atau gerakan Ku Klux Klan yang rasis tetapi boleh juga bersifat sederhana seperti UMNO dan MCA. Ia berbeza dengan golongan kiri yang cenderung kepada perjuangan untuk kelas bawahan dan mahukan perubahan radikal dalam masyarakat. Contohnya, dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS merupakan golongan kanan manakala Parti Rakyat Malaya pula merupakan golongan kiri. |
coalition | campuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gabungan beberapa puak, kelompok, organisasi atau parti yang membentuk satu unit politik bagi menghadapi atau mencapai sesuatu matlamat sepunya seperti membentuk kerajaan, menghalang ancaman musuh atau mengurangkan konflik sesama mereka. Fenomena gabungan biasanya wujud dalam sistem Parlimen moden apabila tidak ada satu parti tunggal yang berjaya mendapat majoriti yang jelas bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Kestabilan gabungan amat bergantung kepada rundingan dan bentuk pengagihan kuasa yang dipersetujui. Gabungan juga wujud dalam konteks hubungan antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar seperti yang pernah berlaku sewaktu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Secara amnya gabungan mempunyai tiga bentuk yang utama iaitu yang bersifat sementara bagi mencapai matlamat segera, yang bersifat jangka masa tertentu dan gabungan yang berbentuk konkrit bagi satu tempoh yang lama. Contohnya, Barisan Nasional merupakan gabungan beberapa parti politik yang membentuk kerajaan Malaysia. |
dissident | penentang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok atau puak yang bertentangan pendapat atau idealisme dengan pihak berkuasa. Kelompo kini boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu pertama, golongan penentang yang berbeza pendapat secara perlembagaan. Golongan ini bertindak secara yang dibenarkan oleh perlembagaan seperti turut sama dalam proses pilihan raya, perundingan dan kerjasama dengan pihak berkuasa. Parti pembangkang boleh diklasifikasikan dalam kategori ini. Kedua, golongan penentang yang berbeza pendapat secara luar batasan perlembagaan. Golongan ini bukan sahaja enggan bekerjasama atau berunding dengan kelompok yang berkuasa malah menggunakan tindakan yang agresif bagi memperoleh kuasa. Golongan ini biasanya dikenali sebagai subversif. Contoh golongan penentang jenis ini ialah Parti Komunis Malaya. |
civil war | perang saudara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992. |
patrimonial regime | rejim patrimonial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang berasaskan keturunan yang diturunkan melalui warisan. Waris ini wujud berasaskan sama ada kepada sesuatu kaum, darah keturunan atau puak. Sistem pemerintahan ini tidak demokratik dan tidak ada kebebasan, pembangkang, pendesak dan media yang bebas. Dengan itu, ia tidak melaksanakan pilihan raya, muafakat atau perbincangan dalam pemerintahan. Tidak banyak negara yang mengamalkan pemerintahan ini kecuali beberapa negara Arab dan Afrika. |
deprivation | penafian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan meminggirkan peranan dan hak seseorang atau organisasi dalam sesuatu sistem yang dilakukan sama ada berasaskan motif politik atau ekonomi. Dalam konteks politik, penafian dilakukan untuk menghalang pengaruh seseorang atau kelompok tertentu daripada mencabar dan menyaingi kedudukan atau penguasaan politik golongan pemerintah. Penafian politik boleh wujud dengan menyekat seseorang atau kelompok bertanding dalam pilihan raya atau menghalang penglibatannya dalam aktiviti politik. Tindakan ini boleh dilakukan dengan mengenakan peraturan tertentu, menahan dan memenjarakan individu tersebut. Dalam konteks ekonomi pula, penafian boleh dilakukan dengan mengetatkan syarat perniagaan, mengenakan kuota atau cukai tertentu dan mengehadkan ruang perniagaan sesuatu kelompok. Contohnya, puak Kurdish di Iraq sewaktu rejim Saddam dinafikan hak mereka dalam konteks perwakilan politik. Sinonim perlucutan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
pura | ~-~ puak-puak | kedayan | |
ecek | ~-~ puak-puak. | kedayan | |
puak | bebagi [bbagi] | Melanau Dalat | |
puak | kaum, katuunan. | kedayan | |
Balau | satu puak Iban di Batang Lupar. | Iban | |
kaum | kaum, puak. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
Bugang Bj Sm, Kd, Tb | burung yang dipercayai membawa petanda malapetaka oleh masyarakat Kadazandusun. | Puak Bangkahak mempunyai sejenis ilmu hitam yang disebut kolulut. Kolulut ini dijelmakan menjadi seekor burung besar yang disebut Bugang. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kolulut Kd | Ilmu hitam yang digunakan untuk menjadikan mangsa sakit atau dalam kes yang teruk untuk membunuh mangsa. Ia selalunya dijelmakan dalam bentuk belalang. | Puak Bangkahak mempunyai sejenis ilmu hitam yang disebut kolulut. Kolulut ini dijelmakan menjadi seekor burung besar yang disebut Bugang. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb ว buncit: เด็กคนนั้ นพุงพลุ ้ ย Budak itu perutnya buncit. พลู [plu:] น sirih พลูโต [plu:to:] น Pluto พลูโทเนียม [plu:to:ni am] น plutonium พวก [puak] น puak พวกพ ้ อง [-p:] น 1 (ญาติ) kaum ke rabat 2 (เพื ่ อน) sahabat handai พวง [pua] น gugus: พ ่ อให ้ องุ ่ นแก ่
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
puak | [pua/] | ڤواق |
berpuak-puak | [ber.pua/.pua/] | برڤواق - ڤواق |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata puak. |
|
|