Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KAUM MUDA-KAUM TUA

KAUM MUDA-KAUM TUA, dua garis fahaman keagamaan di Nusantara. Golongan Kaum Muda-Kaum Tua di Nusantara muncul pada dasawarsa pertama abad ke-20. Golongan Kaum Tua berpegang pada pemikiran dan amalan tradisional dan golongan Kaum Muda pula menginginkan pembaharuan yang tidak dikongkong oleh tradisi yang ada dari sudut permasalahan agama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NABI HUD A.S.

Nabi Hud a.s. ialah salah seorang daripada utusan

Allah. Nabi Hud a.s. diutuskan kepada kaum Ad iaitu

kaum Arab yang paling awal yang diketahui. Dalam

al-Quran diceritakan bahawa terdapat kaum Ad I

dan kaum Ad II. Kaum Ad I ialah Ad Irm yang

tinggal di dalam khemah. Manakala kaum Ad II ialah

penduduk negeri Yaman dari keturunan Qahtan,

Saba dan keturunan dari keduanya. Zaman

kehidupan kaum Ad ini tidak diketahui dengan

tepat. Ini disebabkan al-Quran sendiri dan hadith-

hadith tidak menyebutkan tentang tarikh kewujudan

mereka. Selain itu, tidak terdapat bukti dari kesan-

kesan yang ditinggalkan sama ada berbentuk

tulisan-tulisan sejarah yang mungkin boleh dibuat

sandaran berhubung dengan tarikh kewujudan

mereka.

UMUM
ADI GRANTH

Adi Granth, yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab

suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran

Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah

suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja.

UMUM
KAUM KANAAN

Kaum Kanaan ialah orang yang disebut dalam

Wasiat Lama . Kaum Kanaan mendiami Canaan,

nama Palestin dalam kitab Bible, kira-kira pada

tahun 3000 S.M. Mereka merupakan penduduk

utama di tanah ini sehinggalah orang Israel

menakluknya pada tahun 1200 S.M. (lihat Palestin

[Sejarah awal dan penempatan orang Ibrani]).

UMUM
KAUM HIPI

Kaum hipi ialah anggota pergerakan remaja

pada tahun 1960-an dan 1970-an yang bermula di

Amerika Syarikat dan merebak ke Kanada, Great

Britain dan banyak negara lagi. Kaum hipi menolak

adat resam, tradisi dan gaya hidup masyarakat dan

cuba mengembangkan cara hidup mereka sendiri.

UMUM
NABI SALIH A.S.

Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud.

Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar

menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah

Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum

baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah

SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah

seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda

sebagai ahli sihir.

UMUM
GAWAI

GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, gawai atau gawa bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan.

BUDAYAAdat
ORANG ASLI AMERIKA CARIB

Orang Asli Amerika Carib ialah kumpulan

suku kaum Orang Asli Amerika di Amerika Selatan

yang suka berperang. Kaum ini kebanyakannya

tinggal di Lembah Sungai Amazon dan di kawasan

tanah pamah Guiana. Perkataan Inggeris cannibal

berasal daripada nama Sepanyol. Cannibal merujuk

kepada suku kaum ini yang memakan tawanan

perang mereka. Lebih kurang pada tahun 1300,

kaum Orang Asli Amerika Carib berpindah dari

Amerika Selatan ke kepulauan di Laut Caribbean

yang kini dikenali sebagai Kepulauan Windward.

Mereka menawan kepulauan ini daripada kaum

Orang Asli Amerika suku Arawak (lihat Orang Asli

Amerika ).

UMUM
KAUM BANGSAWAN

Kaum bangsawan merupakan golongan yang

dianggap memiliki kedudukan yang tinggi dalam

masyarakat. Mereka mempunyai status politik khas

dan sosial. Status bangsawan adalah diwarisi, dan

ia membawa gelaran seperti duke atau earl.

UMUM
GAWAI DAYAK

GAWAI DAYAK, perayaan rasmi tahunan kaum dayak iaitu suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Hulu yang tinggal di Sarawak.

BUDAYAAdat
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.



Lihat selanjutnya...