Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna tanam keranji, Kalau tidak manis menggula; Apa guna janji-janji, Kalau kata tidak dikota.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga ros dalam pasu, Mari tudung dengan kain; Janji tuan janji palsu, Janji sudah berubah lain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya tak harap padi pulut, Padi pulut banyak antahnya; Saya tak harap janji mulut, Janji mulut banyak susahnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya tak pandai memintal tali, Tali berpintal di tepi pintu; Saya tak boleh membuat janji, Kerana janji selalu palsu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Padi pulut dalam pinggan, Padi Jambi tepi perigi; Janji mulut boleh lupakan, Janji hati bawa ke mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak yu dua serupa, Yu berjumpa dengan sembilang; Janji dulu adik tak lupa, Tunggulah sampai adik pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Teluk Korban berliku-liku, Jemur kain di atas peti; Janji kita tidak begitu, Kain buruk sama dipakai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi mengaji berbaju jubah, Mengangkat takbir suara jahat; Dulu janji tidak berubah, Mahunya besi lagi melarat.
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Puisi
 

Bagaimana saya nak mandi,
     Buaya besar melintang sungai;
Bagaimana saya nak janji,
     Janji yang besar belum ditunai.



Lihat selanjutnya...