Kata |
Takrif |
Sumber |
syahadat | Ar 1. kesaksian, pengakuan; 2. = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya; 3. sijil, ijazah, syahadah; bersyahadat 1. mengucapkan kalimah syahadat: Ali mesti bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula; 2. = anak tidak ~ anak di luar nikah, anak haram; pensyahadatan perbuatan bersyahadat: upacara ~ beramai-ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syahadat | 1 perbuatan mengaku atau menerima; pengakuan. 2 = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasul-Nya. 3 sijil tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengakuan | hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengakuan iman | perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengakuan | 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengakuan | hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. | Kamus Pelajar |
ikrar | Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumpah I | 1 pengakuan yg dibuat bahawa apa-apa yg dikatakannya itu benar (biasanya dgn menyebut nama Tuhan). 2 pengakuan bahawa apa-apa yg dikatakannya itu memang benar dan berani melakukan sesuatu atau berani ditimpa sesuatu jika pengakuannya tidak benar. 3 janji atau ikrar yg teguh utk melakukan sesuatu: Baginda telah melafazkan ~ akan memerintah dgn adil dan saksama. 4 kata-kata yg buruk atau yg keji utk mengutuk orang: Dia sakit lumpuh mungkin kerana terkena ~ orang-orang yg dianiayanya. bersumpah 1 menyatakan kebenaran (sesuatu perkara) dgn sumpah; mengangkat sumpah: Sekalian saksi disuruh ~ dahulu. 2 berjanji sungguh-sungguh akan melakukan atau akan mematuhi sesuatu; berikrar: Dia ~ tidak akan mensia-siakan isterinya. bersumpah-sumpahan saling melafazkan sumpah; saling berteguh janji. menyumpah 1 mengucapkan kata-kata atau harapan yg tidak baik: Dia ~ kerana nasi bekalnya dihurung semut. 2 mengenakan sumpah pd; mengutuk: Mereka semua ~ pegawai yg munafik itu. mempersumpahkan 1 membuat pengakuan ttg sesuatu perkara dgn bersumpah. 2 menyuruh atau membiarkan bersumpah. sumpahan apa-apa atau sesuatu yg disumpah. persumpahan perbuatan atau hal bersumpah. penyumpahan perbuatan atau hal menyumpah. penyumpah orang yg menyumpah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baiat | pengakuan taat setia yg diberikan kpd pemimpin. berbaiat memberikan pengakuan taat setia kpd pemimpin. pembaiatan upacara atau majlis memberikan baiat. | Kamus Pelajar |
pengiktirafan | 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
confession | n 1. admission, pengakuan; (leg.) pengakuan salah: the criminal made a full ~, penjenayah itu membuat pengakuan sepenuhnya; Ive a ~ to make I knocked over your vase while dusting the table, ada pengakuan yg hendak saya buat saya terlanggar vas kamu semasa menyapu-nyapu habuk di atas meja; a ~ of faith, pengakuan kepercayaan; 2. acknowledgement of sins, pengakuan dosa: the priest is ready to hear ~, paderi itu bersedia mendengar pengakuan dosa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
avowal | n pengakuan: an ~ of loyalty, pengakuan kesetiaan; to make an ~, membuat pengakuan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
acknowledg(e)ment | n 1. admission, pengakuan: a statement that could be taken as an ~ of his guilt, kenyataan yg dapat dianggap sbg pengakuan bahawa dia bersalah; 2. recognition, acceptance, pengakuan; (fml) pengiktirafan; 3. indication of appreciation for, penghargaan: an authors list of ~s, senarai penghargaan penulis; in ~ of st, sbg penghargaan /thdp, kpd/ sst, sbg menghargai sst: in ~ of his contributions, sbg penghargaan thdp sumbangannya; 4. (of a letter, gift, etc) pemberitahuan bahawa sst telah diterima, penerimaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
confessional | adj pengakuan: a ~ statement, kenyataan pengakuan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
confess | vi mengaku, membuat pengakuan: has the prisoner ~ed?, sudahkah banduan itu mengaku?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
confessor | n priest who hears a confession, paderi pendengar pengakuan dosa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
confessional | n place where priest hears confessions, petak mendengar pengakuan dosa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grudging | adj unwilling, dgn begitu berat (hati): a ~ admission, pengakuan yg dibuat dgn begitu berat hati; be ~ of /praise, thanks, etc/, /sukar, susah benar/ /memberi pujian, berterima kasih, dll/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
customs | n 1. duties, kastam: ~ declaration, pengakuan kastam; 2. (government department), /pejabat, jabatan/ kastam; 3. (at port, airport, etc) tempat pemeriksaan kastam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
admission | ~ to the bar, penerimaan menjadi peguam; /by, on os own/ ~, dgn pengakuan sso sendiri; gain ~ to, a. (place) dapat /memasuki, masuk ke/; b. (organization, academy, etc) dapat menjadi ahli. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
confessional poetry | puisi pengakuan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi kisahan yang mengandungi suatu pengakuan yang sangat peribadi sifatnya. Pengakuan itu tidak semestinya dilafazkan oleh pengarang, tetapi mungkin juga oleh watak dalam puisi itu. Contohnya, puisi "Nyanyian Angsa" dan "Sajak Anak Muda" karya W.S. Rendra. |
pardon screen | skrin pengampunan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Skrin yang mengelilingi atau yang diletakkan bersebelahan dengan seseorang pengaku di gereja. Skrin pengampunan digunakan sebagai tirai untuk melindungi pengaku daripada dilihat oleh orang awam semasa sesi pengakuan dijalankan di gereja itu. |
poetic drama | drama puitis | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang ditulis dalam bentuk puisi semata-mata untuk dipentaskan. Drama ini ditemui dalam kebanyakan drama Shakespeare dan drama T.S.Eliot berjudul Murder in the Cathedral. Contoh dalam sastera Melayu ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Contoh dalam sastera Arab ialah Masra Kilyubatrah oleh Ahmad Shawqi, dan dalam sastera parsi ialah Sarnivishi Parviz oleh Ali Muhammad Khan Uvaysi. |
affective fallacy | kekeliruan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Konsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik. |
lyrical novel | novel lirik | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memanfaatkan ciri-ciri sebuah novel biasa dan ciri-ciri puisi lirik. Penulisan novel lirik berlegar pada emosi dan psikologi watak berbanding pembinaan plot seperti yang biasa ditemui dalam novel konvensional. Novel ini lebih menekankan puisi lirik yang menyentuh perasaan penulis tentang sesuatu perkara dan pemaparannya melalui imejan. Contoh sastera Indonesia ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG. Lihat juga imejan, lirik, novel. |
dramatic poetry | puisi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang menggunakan teknik dramatik untuk kesan puitis atau drama yang menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contohnya, puisi Browning bertajuk My Last Duchess menggunakan konvensi drama untuk kesan puitis. Kebanyakan drama Shakespeare pula menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contoh karya tempatan ditemui dalam drama berjudul Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Drama ini menggunakan bentuk puisi berirama dalanm dialog untuk memperhebatkan kesan tragisnya. Dalam karya puisi berjudul Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG menggunakan teknik drama dialog, monolog dan naratif untuk kesan estetik. Dalam sastera Parsi, puisi dramatik ditemui dalam saja Katiba oleh Mahdi Akhavan Thalith. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
aku II | pengakuan pangakuan/ | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pengakuan | [pe.nga.kuan] | ڤڠاکوان |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengakuan |
|
|