Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"apakah perbezaan temu janji dan janji temu? teima kasih.." | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Terima kasih. | Ejaan | 01.05.2014 |
"temu janji" atau "janji temu"? | Jawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum. | Lain-lain | 06.08.2007 |
temu janji atau janji temu? TQ | Jawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum. | Makna | 04.09.2012 |
Berkenaan istilah "janji temu" dan "temu janji", benarkah pemahaman kami seperti berikut: 1. Janji temu: sudah ada perjanjian untuk bertemu 2. Temu janji: proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu (contoh dalam kes untuk bertemu dengan pegawai tinggi kerajaan, belum ada tarikh untuk bertemu) | 1. Benar untuk makna "janji temu", iaitu janji untuk bertemu. 2. Tidak benar untuk makna "temu janji". Masih belum terakam kata dan makna untuk "temu janji" dalam kamus terbitan DBP. 3. Proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu juga bermaksud proses "janji temu". 4. "Bertemu" dan kemudiannya "berjanji" juga bukan "temu janji". | Makna | 04.04.2023 |
Salam. Apa beza antara janji temu dan temu janji? Banyak buku-buku latihan menulis temu janji. Tq | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Terima kasih. | Ejaan | 07.09.2015 |
Perbezaan di antara perkataan temu janji dan janji temu. Yang mana satu betul untuk digunakan. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah janji temu berdasarkan konsep berjanji dahulu, kemudian baru bertemu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, janji temu bermaksud janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dan sebagainya. | Lain-lain | 28.09.2021 |
janji temu atau temu janji | janji temu | Tatabahasa | 25.09.2014 |
Perkataan manakah yang betul berdasarkan hukum D-M? Temu janji atau janji temu? | Mengikut Kamus Dewan, janji temu ialah janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan. Kata temu bukan penerang untuk kata janji. | Makna | 16.12.2014 |
Salam sejahtera Nama:Raudhah 'Aqeela Zamiruddin Soalan:antara temu janji dan janji temu mana yang betul.berikan alasanya | Janji temu yang betul. Alasannya. seseorang akan janji dahulu sebelum bertemu. Tidak mungkin seseorang akan bertemu dahulu kemudian berjanji.T.kasih. | Lain-lain | 01.08.2008 |
temu janji atau janji temu, yang mana satu betul? | Yang betul ialah janji temu. | Istilah | 28.07.2008 |