Kata mendapat sebagai bentuk terbitan daripada kata dapat mempunyai erti yang berbeza dengan kata dapat. Kata mendapat bererti menerima atau beroleh. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Saya sudah mendapat maklumat yang saya perlukan. 2. Para pekerja mendapat upah daripada titik peluh mereka. Kata mendapatkan mempunyai makna-makna yang lain. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Anak kecil itu segera mendapatkan ibunya apabila dipanggil. (mendapatkan bererti pergi kepada) 2. Kamsiah mendapatkan adiknya pakaian yang digemarinya. (mendapatkan bererti mendapat atau beroleh sesuatu untuk orang lain) 3. Untuk mendapatkan hasil yang lumayan, kita perlu berusaha. (mendapatkan bererti berusaha memperoleh sesuatu). Sila rujuk buku Kamus Dewan untuk memahami makna setiap perkataan. |