Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud bersesuaian bagi "plenary and keynote speakers" | Berdasarkan carian, maksud dapatan kami: 1. Plenary speakers bermaksud seseorang atau tokoh yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang memberikan ceramah/ucapan berkenaan bidang tersebut. 2. Keynote speakers bermaksud seseorang yang memberikan ceramah/ucapan berdasarkan topik utama perbincangan | Penyemakan dan penterjemahan | 07.01.2019 |
Apakah terjemahan bersesuaian untuk aktiviti seperti 'hiking' dan 'trekking'? terima kasih | Cadangan terjemahan kami hiking ialah kembara dan tiada maklumat tentang trekking, kecuali jungle tracking diterjemahkan kepada merentas hutan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2017 |
Selamat petang Tuan/ Puan Mohon kepastian translasi untuk perkataan berikut: 1) Techno-anxiety - kebimbangan terhadap teknologi/ kebimbangan teknologi - kerisauan terhadap teknologi/ kerisauan teknologi Mana satu translasi adalah bersesuaian? | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk techno-anxiety ialah kebimbangan teknologi. Dalam data Istilah Bahasa Melayu (PRPM), perkataan anxiety boleh diterjemah kepada kebimbangan, kerisauan dan keresahan. Walau bagaimanapun, perkataan kebimbangan lebih banyak digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=anxiety&d=28648&#LIHATSINI | Istilah | 31.03.2021 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi "one-to-one consultation" dalam Bahasa Malaysia | Perkataan yang bersesuaian dalam bahasa Melayu bagi one-to-one consultation ialah perundingan bersemuka. | Istilah | 17.06.2019 |
Ayat yang bersesuaian bagi latar pentas berikut? MAJLIS PERASMIAN PADDOCK KUDA BERBUMBUNG DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR OLEH YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN Mohon kataganti yang bersesuaian bagi perkataan paddock. Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "paddock" ialah padok. | Istilah | 19.10.2016 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon bertanya apakah perkataan yang bersesuaian untuk situasi anak memperdengarkan hafalan doa, hadis dan zikir kepada ibu bapa. Adakah perkataan (hafalan atau hafazan) yang bersesuaian? 1) Perdengarkan (hafalan / hafazan) doa kepada ibu bapa 2) Perdengarkan (hafalan / hafazan) hadis kepada ibu bapa 3) Perdengarkan (hafalan / hafazan) zikir kepada ibu bapa Terima kasih atas perhatian pihak tuan/ puan. | Perkataan yang sesuai ialah hafazan. | Tatabahasa | 10.09.2020 |
Assalam. Tuan/Puan, Saya nak bertanya adakah penggunaan ayat bagi tema "Budayakan Inovasi Semarakkan Produktiviti" ini bersesuaian dan tepat. Sekiranya tidak bersesuaian, memohon cadangan dan pembetulan ayat bagi tema tersebut. Sekian, terima kasih. | Produktiviti ialah daya pengeluaran, lazimnya perkataan ini dirangkaikan dengan kata yang memberi makna penambahan kepada produktiviti seperti meningkatkan produktiviti. Kami juga berpandangan, bentuk kata terbitan me-/meN-...-kan lebih sesuai digunakan bagi menunjukkan kebersamaan seperti "Membudayakan Inovasi, Meningkatkan Produktiviti".
| Tatabahasa | 24.04.2015 |
rujukan apakah yang terdapat di DBP bersesuaian dengan kajian saya mengenai penguasaan tulisan jawi dikalangan pelajar sekolah rendah dan kesannya terhadap pencapaian dalam pendidikan islam. Harap Tuan dapat senaraikan rujukan yang bersesuaian dengan kajian ini? | Sdr boleh mendapatkan rujukan ttg jawi dengan meneliti kertas kerja yg terdapat di PDM Dewan Bahasa dan Pustaka KL. Pihak DBP pernah mengadakan konvesyen jawi suatu ketika dahulu dan kertas kerja tersebut disimpan di PDM sebagai bahan dokumentasi. Selain itu sdr boleh juga berkunjung ke JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) bagi mendapatkan maklumat mengenai tulisan jawi. Terima kasih. | Lain-lain | 14.09.2008 |
Saya sedang menyiapkan projek sarjana muda. Oleh itu, boleh saya tahu translation perkataan yang bersesuaian dengan job insecurity? | Pihak kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu untuk frasa "job insecurity" iaitu "ketidakyakinan terhadap kerjaya", sekiranya bersesuaian dengan konteks puan. Terima kasih. | Makna | 22.10.2019 |
Apakah padanan bagi 'spirit medium' dalam bahasa Melayu? | Untuk mendapatkan makna khusus dari segi istilah adalah bergantung kepada laras atau bidang yang bersesuaian. Sila nyatakan konteks atau bidang khusus perkataan tersebut untuk pihak kami membuat rujukan bagi mendapatkan padanan yang bersesuaian. | Lain-lain | 27.10.2010 |