Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "competing JVs" sesuai diterjemahkan kepada "JV bersaing" atau "JV-JV bersaing"? "JV"(Join venture) yang dimaksudkan adalah "usaha sama". Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Frasa "competing JVs" ialah ungkapan umum dan bukannya istilah. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pengguna mencari padanan yang sesuai bagi istilah yang belum ada dalam bahasa Melayu. Frasa yang lebih tepat ialah persaingan usaha sama.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2018
Ayat-ayat berikut yang mana betul a) Kemampuan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor tertentu. b) Kemampuan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa bergantung pada sejumlah faktor tertentu.Pada.Lain-lain27.04.2014
Mengapa bahasa melayu tidak dapat bersaing dengan bahasa lain sebagai bahasa utama dunia

Kekuatan politik dan ekonomi memainkan peranan penting memajukan sesebuah negara termasuklah pelbagai aspek dalam negara tersebut seperti bahasa kebangsaannya. Dan tajuk ini memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian yang terperinci untuk mengenal pasti faktor sebenar mengapa bahasa Melayu dikatakan tidak dapat bersaing dengan bahasa lain sebagai bahasa utama dunia. Oleh itu, kami sarankan saudara rujuk buku atau makalah yang berkaitan.

Lain-lain03.07.2011
Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa. ada satu salah kata/istilah dan satu lagi salah tatabahasa. demi atau untuk dan satu lagi di peringkat antarabangsa ke?bagaimana dengan membolehkannya? membolehkan mereka betul keDemi sudah membawa maksud tujuan, tidak perlu lagi diikuti dengan kata untuk. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama. - Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi membolehkan negara bersaing di peringkat antarabangsa.Tatabahasa18.07.2008
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Bahasa Melayu kurang daya bersaing dengan bahasa lain di dunia dalam era kini. Apakah peranan DBP dalam memperkasakan bangsa Malaysia dalam Bahasa Melayu.

Kekuatan politik dan ekonomi memainkan peranan penting memajukan sesebuah negara termasuklah pelbagai aspek dalam negara tersebut seperti bahasa kebangsaannya. Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah  pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, bahasa dalam bidang ekonomi, undang-undang dan perniagaan. Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan terus melaksanakan program pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan agar wujud sikap megah bahasa dan jati diri. DBP sendiri telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua isu ini, sila rujuk makalah yang berkaitan.

Lain-lain01.07.2011
Salam sejahtera Saya ingin mencari buku2 rujukan/jurnal2 yang berkaitan faktor2 yg menyebab BM hilang upaya utk bersaing dgn bahasa2 lain di dunia.Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami, sila rujuk kertas kerja seminar bahasa dan linguistik atau artikel dalam akhbar.Lain-lain17.05.2011
Saya ingin menanya samada perkataan ini dieja dengan betul "kompetatif'. Terima kasihEjaan yang betul ialah bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing.Ejaan09.04.2009
1.apakah cabaran bahasa malayu dalam era globalisasi ? . 2.wajarkah bahasa melatu di politikkan ? 3. apakah tindakan dbp dalam menjadi jabatan yang telus dari unsur yang mengganggu gugat status yang bebas (badan berkecuali). 4.kenapa bahasa melayu sukar untuk bersaing di peringkat global?1. Cabaran BM dalam era globalisasi antaranya penggunaan BI yg berleluasa, pengaruh media asing termasuk cetak dan elektronik, budaya luar yg sedikit sebanyak menggugat budaya tempatan dsbnya. 2. Soalan sdr agak sinikal, tetapi politik yg bagaimana sdr maksudkan?3. Soalan sdr agak kabur, tetapi dalam banyak hal DBP bertindak rasional dan terarah. 4. Dlm keadaan sekarang bahasa Inggeris lebih diutamakan sebagai bahasa ekonomi global. Untuk bersaing agak sukar, tetapi dalam waktu yg sama kita berusaha utk menjadikan BM sebagai bahasa di peringkat dunia. T kasih.Lain-lain15.09.2008
Betulkah tanda baca pada ayat di bawah: a) Mereka mempertahankan pendirian dengan komen seperti, "Saya dibayar dengan gaji yang besar.", "Begini caranya saya mencari nafkah untuk keluarga.", dan "Saya perlu buat begini supaya dapat bersaing dengan orang lain di pejabat.".Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa29.02.2012
maksud pertandinganPertandingan membawa maksud; perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan.Makna24.04.2009
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi, sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,