Kata |
Takrif |
Sumber |
banding | sama dgn; imbang; tara: Kehandalan Hang Tuah tidak ada ~nya pd zaman itu. berbanding 1 ada bandingnya: Kecantikannya tidak ~. 2 seimbang (dgn); sepadan: Perbelanjaan hendaklah ~ dgn pendapatan. 3 dibandingkan (dgn): Kadar pendapatan penduduk tahun ini bertambah ~ dgn tahun lalu. membandingkan melihat dua benda utk mengetahui apa-apa yg sama dan apa-apa yg berlainan: Dlm kajiannya, beliau telah ~ sastera Melayu dgn sastera Inggeris. bandingan 1 apa-apa yg dianggap sama; imbangan. 2 hasil drpd membandingkan. perbandingan 1 hal berbanding atau dibandingkan. 2 persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3 ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. pembandingan perbuatan atau hal membandingkan: ~ peta tumbuh-tumbuhan dgn peta muka bumi dpt membantu kamu memahami keadaan alam di sesuatu kawasan. pembanding 1 orang yg membandingkan. 2 alat yg digunakan utk membandingkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
banding | Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banding | sama dgn; imbang; tara: Kehandalan Hang Tuah tidak ada ~ nya pd zaman itu. berbanding 1. ada bandingnya: Kecantikannya tidak ~. 2. seimbang (dgn); sepadan: Perbelanjaan hendaklah ~ dgn pendapatan. 3. dibandingkan (dgn):Kadar pendapatan penduduk tahun ini bertambah ~ dgn tahun lalu. membandingkan melihat dua benda utk mengetahui apa-apa yg sama dan apa-apa yg berlainan: Dlm kajiannya, beliau telah ~ sastera Melayu dgn sastera Inggeris. bandingan 1. apa-apa yg dianggap sama; imbangan. 2. hasil drpd membandingkan. perbandingan 1. hal berbanding atau dibandingkan. 2. persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3. ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. pembandingan perbuatan atau hal membandingkan: ~ peta tumbuh-tumbuhan dgn peta muka bumi dpt membantu kamu memahami keadaan alam di sesuatu kawasan. pembanding 1. orang yg membandingkan. 2. alat yg digunakan utk membandingkan. | Kamus Pelajar |
banding | 1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbal | timbang, banding, imbang; ~ balik a) pd kedua-dua bahagian (belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll): cara hidup dan keperluan hidup manusia mempunyai perhubungan ~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik; setimbal setimpal, seimbang, sepadan: mereka akan sedia berkhidmat kalau diberi pembayaran yg ~ dgn kebolehan mereka; kesetimbalan perihal (sifat atau keadaan) setimbal,keseimbangan, kesepaduan: perlu ada ~ antara beban kerja dgn upah yg di-terima oleh pekerja; bertimbal 1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi); ~ balik timbal balik; ~ jalan di kiri kanan jalan (bkn pokok dll); ~ rengka duduk di sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang; bertimbalan 1. berimbangan (dgn), berpadanan (sama taraf atau kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dll), bersambutan; menimbal, menimbali membuat supaya seimbang (sepadan dll), mengimbangi, mem-banding-bandingi; timbalan 1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbangan, bandingan, tara, padanan; penimbal pengimbang; cadangan ~ (Eko) cadangan (himpunan) bahan mentah utk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naik banding | meminta ulang bicara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandingan | banding, tanding; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timpalan | imbangan, banding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saing II | banding, imbang, tanding: gadis yg hemat selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan ~nya dgn pelbagai helah; sesaing Mn sebanding, sepadan, setanding; bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba: orang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dgn bangsa-bangsa yg maju; menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; saingan tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi kpd Yaman; persaingan perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; pesaing orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naik apel | = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
cross-dating | n tarikh banding. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
comparison | /bear, stand/ ~ with, /setanding, sebanding/ dgn: thats a good novel but it bears no ~ with this, novel itu baik tetapi tdk setanding dgn yg ini; /beyond, without/ ~, tdk ada /bandingnya, banding/; (of beauty), tdk ada /bandingan, tolok bandingnya/; /by, in/ ~, secara perbandingan: their progress is slow by ~, secara perbandingan kemajuan mereka adalah lambat; /by, in/ ~ /with, to/, /berbanding, jika dibandingkan/ dgn: the population in the east coast is small in ~ with that in the west coast, penduduk di pantai timur adalah kecil berbanding dgn penduduk di pantai barat; make a ~, membuat perbandingan; there is no ~, dlm hal ini tidak dapat dibuat perbandingan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
banding | penjalur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu yang dijadikan jalur nipis yang digunakan untuk menghias sesuatu permukaan bagi membezakan warna dan ira kayu pada permukaan venir. Biasanya digunakan sebagai hiasan pada perabot. |
recto | rekto | - | Tiada | Halaman kanan buku. Banding verso. |
verso | verso | - | Tiada | Halaman kiri buku. Banding rekto. |
serif | serif | - | Tiada | Jenis huruf (muka taip) yang mempunyai strok atau ekor. Banding sans serif. |
glossy paper | kertas kilat | - | Tiada | Kertas yang dilapisi filem nipis dan memantulkan cahaya. Banding matte paper. |
Electra complex | kompleks Electra | Kesusasteraan | Tiada | Nafsu seks seseorang anak perempuan terhadap bapa kandungnya. Banding kompleks Oedipus. |
distal | distal | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan kedudukan anggota yang menjauhi garis tengah jasad. Banding proksimal. |
asymmetrical composition | komposisi tak simetri | - | Tiada | Komposisi reka letak yang disusun secara tidak seimbang. Banding symmetrical composition. |
matte paper | kertas kusam | - | Tiada | Kertas yang dilapisi filem nipis dan tidak memantulkan cahaya. Banding glossy paper. |
anti-hero | antiwira | Kesusasteraan | Tiada | Watak lelaki utama yang tidak mempunyai sifat dan nilai terpuji. Banding wira. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
banding | banding; | kedayan | |
banding | banding (a) bandingan: nadai ~ tiada bandingan; (b) perbandingan; perumpamaan; metafora: ambi ka ~ misalnya; andainya; (c) = manding; | Iban | |
banding | badeng [bade] | Melanau Dalat | |
banding | perbandingan pabandingan. | kedayan | |
banding | berbanding babanding; | kedayan | |
banding | sebanding sabanding; | kedayan | |
tara | banding; | kedayan | |
tidih | banding; | Melanau Mukah | |
tuluok | tolok: nda bei ~ badieng tidak ada tolok banding; | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb penyelenggaraan tatasusunan. Singkatan APL. (KOM) abduct (abduk) Perihal menggerakkan sesuatu anggota dari arah satah median tubuh, atau jari-jari dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu. Banding adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran menjadi lebih kuat atau menghala ke arah tertentu. (FIZ) acoustic impedance (impedans akustik) Nisbah tekanan bunyi rencam pada permukaan dengan fluks bunyi yang melalui permukaan dan diukur dalam ohm akustik. Banding acoustic resistance. (FIZ) acoustic impedance ratio (nisbah impedans akustik) Nisbah antara impedans akustik cirian bagi satu medium dengan medium lain acne erythematosa acoustic impedance ratio Kamus Sains.indb 10 7
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd pada tembok api. Paket yang keluar dari rangkaian dalaman akan diperiksa untuk memastikan kepatuhan kepada dasar keselamatan rangkaian. Teknik ini amat berguna untuk mematahkan serangan yang berpunca daripada hos dalaman. Banding penapisan masuk. penapisan masuk (Ig. ingress filtering) Kaedah penapisan trafik protokol Internet pada tembok api. Paket yang masuk dari rangkaian luaran akan diperiksa untuk memastikan kepatuhan kepada dasar keselamatan rangkaian. Teknik ini amat berguna untuk mematahkan serangan yang berpunca daripada hos luaran. Banding penapisan keluar. penapisan paket (Ig. packet filtering; Br. penurasan paket; Id. pemfilteran paket) Pengawalan trafik untuk peranti penyambungan seperti penghala dan jejambat. Pentadbir sistem boleh mengawal aliran maklumat dari sumber
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
banding | [ban.ding] | بنديڠ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
banding | compare | Menyatakan persamaan atau perbezaan antara dua atau beberapa nilai, kuantiti dan objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata banding |
|
Puisi |
---|
|
Buah pupur di tebing tinggi, Buah kandis masak putih; Kalau nak ukur sama tinggi, Kalau nak banding sama putih.
Lihat selanjutnya... |
|