Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KINESIKA

Kinesika ialah kajian saintifik tentang gerakan

tubuh yang terlibat semasa berkomunikasi,

terutama apabila gerakan itu mengiringi

percakapan. Gerakan ini meliputi gerak isyarat,

air muka, kelakuan mata dan postur.

UMUM
TOPOGRAFI KARSBentuk muka bumi di kawasan batu gamping, ciri-ciri dipengaruhi oleh kelarutan batuan dalam air.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
AIR TERJUN IGUACU

Air Terjun Iguacu lihat Argentina (Muka bumi;

gambar).

UMUM
GEDOMBAK

GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand.

BUDAYAAlat/Alatan
SUNGAI WESER

Sungai Weser adalah laluan air yang penting di

Jerman. Hulu air utamanya, iaitu Werra, berpunca

dari lereng barat daya Hutan Thüringian di tengah

Jerman. Sungai Weser berliku-liku sepanjang 700

kilometer ke kualanya di Laut Utara, berhampiran

Bremerhaven. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta

muka bumi). Pada tahun 1894, selatnya telah

diperdalamkan dari kualanya ke Bremen, kira-kira

72 kilometer ke selatan, supaya kapal-kapal besar

boleh belayar ke Bremen.

UMUM
SELAT GIBRALTARJalur air sempit dan pendek yang menghubungkan Laut Mediterrranean dan Lautan Atlantik.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
LAUT

Laut, air masin yang menggenangi sebahagian besar muka bumi. Lebih 70% permukaan bumi ini mengandungi air dengan hampir 97% terdiri daripada air laut dan lautan, 2.5% dalam bentuk ais di kawasan kutub dan glasier, dan hanya kira-kira 1% air tawar serta air dalam bentuk wap.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
TEKANAN RERAMBUTPerbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
SUNGAI SAÔNE

Sungai Saône ialah laluan air di timur Perancis.

Ia bermula berhampiran kaki bukit di Gunung

Vosges dan mengalir sejauh 431 kilometer. Sungai

Saône, cawangan Sungai Rhône yang terpenting

bertemu di Lyon. Kapal ringan boleh belayar

melaluinya sejauh 373 kilometer. Bandar

perindustrian Chalon-sur-Saône terletak di

tebingnya. Terdapat terowong yang

menghubungkan Sungai Saône ke Moselle,

Marne, Yonne dan Sungai Loire. Untuk lokasi, lihat

Perancis (peta muka bumi).

UMUM
SUNGAI ELBE

Sungai Elbe adalah satu daripada jalan air

komersial yang terpenting di Eropah tengah. Sungai

ini bermula di bahagian barat Republik

Czechoslovakia, mengalir ke arah barat laut melalui

Jerman dan berakhir di Laut Utara. Sungai ini Lokasi Sungai Euphrates.

dikenali sebagai Labe di Republik Czechoslovakia.

Sungai Elbe panjangnya 1165 kilometer. Untuk

lokasi, lihat Jerman (peta muka bumi).

UMUM
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Pergi ke pekan ke Pulau Datu,
     Cincin permata jatuh ke ruang;
Adik berpesan di muka pintu,
     Air mata jangan dibuang.



Lihat selanjutnya...