Asuhan siang hari ialah khidmat penjagaan kanak-kanak atau orang dewasa yang uzur, ketika orang yang bertanggungjawab terhadap mereka tidak dapat berbuat demikian. Di kebanyakan negara maju, mengikut tradisi, wanita menjaga anak di rumah. Walau bagaimanapun, semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, wanita yang bekerja di luar rumah semakin bertambah. |