Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
UNTUNG | Konsep ekonomi | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
PERKONGSIAN UNTUNG | Perkongsian untung. Ramai majikan berkongsi untung dengan pekerjanya. Mereka berbuat demikian untuk menggalakkan daya pengeluaran (kerja yang produktif) dan untuk memujuk pekerja supaya kekal dalam syarikat. | UMUM | |
NATIONAL GEOGRAPHIC SOCIETY | National Geographic Society ialah organisasi saintifik dan pendidikan yang bukan membuat untung yang terbesar di dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 1888 di Amerika Syarikat untuk mengumpul dan menyebarkan pengetahuan geografi ke seluruh dunia. Persatuan ini mempunyai lebih daripada 10 juta ahli di sekitar 185 buah negara. Ia juga telah menaja dan menyokong lebih daripada 4000 ekspedisi dan projek penyelidikan. | UMUM | |
GESTAPU | GESTAPU, percubaan kudeta yang dilancarkan oleh Rejimen Cakrabirawa (Barisan Pengawal Presiden Sukarno) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Untung pada 30 September 1965. Gestapu atau Gerakan 30 September dianggap tragedi kejam kerana menculik dan membunuh enam pegawai tertinggi tentera, iaitu Leftenan Jeneral Yani, Mejar Jeneral R. Soeprapto, Mejar Jeneral Harjono Mas Tirtodarmo, Mejar Jeneral Siswondo Parman, Brigedier Jeneral Donald Izacus Pandjaitan dan Brigedier Jeneral Soetojo Siswomihardjo. Jeneral Abdul Haris Nasution yang menjadi sasaran utama gerakan Gestapu itu dapat melepaskan diri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TOLAK BALA | TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri. | BUDAYA | Adat |
SAIFUL BAHRI | SAIFUL BAHRI (1924 - 1976), pencipta dan penggubah lagu Indonesia. Dia lahir pada 19 September 1924 di Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia. Saiful mendapat pendidikan di Meer Uitgebreid Lager Ondwewijs (MULO), Ins Kayutaman di Sumatera Barat. Bakat Saiful mula menyerlah semasa dia masih menuntut di MULO. Sewaktu di sekolah ini, dia telah membentuk satu kumpulan muzik. Dia kemudian mengambil keputusan meninggalkan tanah kelahirannya untuk merantau mencari untung di Jakarta. Di sana, dia mencuba nasib dalam bidang muzik sepenuh masa dan pernah memimpin Orkes Studio Jakarta selama 10 tahun iaitu dari tahun 1950 hingga tahun 1960. Pada ketika itu juga dia bergabung dengan ahli muzik terkenal Indonesia, Ismail Marzuki dan Iskandar untuk bersama-sama menubuhkan trio. | BUDAYA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| untung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan, Berantonim dengan rugi
2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat, Berantonim dengan malang
3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,
| Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.
Lihat selanjutnya... |
|