Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
GENETIK TUMBUH-TUMBUHAN | Genetik tumbuh-tumbuhan ialah salah satu bidang botani yang mengkaji tentang pewarisan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya melalui gen. | BIOLOGI | Sifat/Keadaan |
MILDEW | Mildew ialah kulat yang menyerang tumbuh-tumbuhan dan sesetengah keluaran yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Namanya berasal daripada perkataan Inggeris Pertengahan, mealdew, yang bermakna makanan yang telah rosak. Terdapat dua kumpulan utama yang merosakkan tumbuh-tumbuhan yang berguna: mildew serbuk dan mildew gebu. | UMUM | |
RAWA | Rawa ialah kawasan tanah yang basah, mampung yang dicirikan oleh tanah berasid dan ditumbuhi lumut yang tebal. Di rawa juga terdapat tumbuh-tumbuhan lain dan banyak tumbuh-tumbuhan yang telah reput sebahagiannya yang dikenali sebagai gambut . Kebanyakan rawa terdapat di kawasan utara, tetapi ia boleh terdapat hampir di seluruh dunia. Rawa selimut ialah kawasan yang keseluruhannya diselimuti oleh gambut. Kebanyakan rawa selimut didapati di Ireland dan Scotland. | UMUM | |
ARBORETUM | Arboretum ialah makmal luar tempat pokok, pokok renek dan tumbuh-tumbuhan berkayu yang lain ditanam dalam keadaan semula jadi. Tumbuh- tumbuhan ini disusun dan dilabel mengikut famili dan hubungan dengan tumbuh-tumbuhan lain daripada spesies yang sama. | UMUM | |
SPAN | Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain objek di bawah permukaan air. Span dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab ini manusia dahulunya menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan. Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan makanan. Span tidak dapat membuat makanannya sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |
SLOAN, SIR HANS | Sloan, Sir Hans (1660 1753) ialah doktor dan ahli botani kelahiran Ireland. Koleksi dan perpustakaan peribadinya menjadi bahan permulaan British Museum. Sloan mengumpul tumbuh-tumbuhan sepanjang hayatnya. Tumbuh-tumbuhan yang diambil dari Jamaica pada tahun 1687 dan 1688 merupakan tanaman pertama yang dibawa ke Britain dari Hindia Barat. Sloan menggantikan Sir Isaac Newton sebagai Presiden Royal Society. Sloan lahir di Killyleagh, kaunti Down. Dia menjadi baron pada tahun 1716. | UMUM | |
OASIS | Oasis ialah kawasan subur yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di gurun, tempat air bawah tanah berada sangat hampir dengan permukaan tanah bagi mewujudkan telaga dan mata air. Air yang terdapat di oasis asalnya turun sebagai hujan atau salji di gunung atau bukit yang berjauhan. Selepas meresap ke dalam tanah, air ini secara perlahan-lahan meresapi batu-batan yang terdapat di bawah tanah, lalu mengalir ke kawasan rendah di gurun. Ia kemudian timbul semula di permukaan bagi membentuk mata air atau cukup cetek untuk memenuhi telaga. Kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di sepanjang anak sungai yang sentiasa mengalir di gurun, juga dipanggil oasis. | UMUM | |
MADDER | Madder ialah tumbuh-tumbuhan yang ditanam di Eropah dan Asia untuk digunakan dalam membuat pencelup atau pewarna. | UMUM | |
TANAH | Tanah adalah sumber asli yang penting meliputi sebahagian besar permukaan bumi. Secara langsung atau tidak langsung, semua kehidupan di atas bumi bergantung kepada tanah untuk sumber makanan. Tumbuh-tumbuhan berakar dalam tanah dan memperolehi nutrien (zat makanan) daripadanya. Haiwan pula memperolehi nutrien daripada tumbuh-tumbuhan atau daripada haiwan lain yang memakan tumbuh-tumbuhan. S | UMUM | |
PERTUMBUHAN SEMULA | Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan bahagian yang hilang atau yang rosak dengan tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika pohon atau pokok renek dicantas berhampiran dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span, snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam, dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar, mata, dan kaki yang baru. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tumbuh (kata kerja) | Bersinonim dengan hidup bercambah, berkecambah, bertunas, berdaun, berhimpang, bercadung, beranak, subur, naik, terbit, timbul, muncul, keluar, membiak, menjalar, merebak;, | | Kata Terbitan : menumbuhkan, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, ketumbuhan, pertumbuhan, |
|
|