Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HIDROFOIL TENGGELAM PENUH | | UMUM | |
HUTAN TENGGELAM | Hutan tenggelam, hutan yang terdapat di dataran banjir, kuala atau pinggir pantai yang mengalami penenggelaman secara semua jadi ataupun disebabkan oleh tindakan manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
ATOL | Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang terbina di atas tebing yang tenggelam, atau terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol, dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik. Lihat juga Karang . | UMUM | |
ATLANTIS | Atlantis ialah sebuah benua legenda yang dipercayai telah tenggelam ke dalam Lautan Atlantik beribu-ribu tahun dahulu. Atlantis mula- mula dikenali pada tahun 300-an S.M. dalam Critias dan Timaeus , dua buah karya ahli falsafah Yunani, Plato. Menurut Plato, satu tamadun yang gemilang pernah wujud di Atlantis. Tetapi, penduduknya menjadi jahat dan tamak, dan dewa telah menghukum mereka. Dalam masa sehari semalam letupan yang dahsyat menggegarkan Atlantis, dan benua itu pun tenggelam ke dasar lautan. | UMUM | |
KASUT SALJI | Kasut salji ialah alat yang membolehkan seseorang berjalan di atas salji tebal tanpa tenggelam. Ini dapat dilakukan kerana kasut salji menyebarkan berat seseorang itu meliputi kawasan yang lebih luas. | UMUM | |
NAHAS KAPAL | Nahas kapal ialah kemusnahan atau kehilangan sesebuah kapal. Nahas kapal disebabkan oleh pelbagai punca. Sebuah kapal mungkin musnah kerana kebakaran atau ia mungkin tenggelam selepas bertembung dengan kapal lain. | UMUM | |
SCHLIEMANN, HEINRICH | Schliemann, Heinrich (18221890) ialah ahli arkeologi Jerman yang mengasaskan kajian tentang Yunani purba dan budaya Laut Aegean yang berjiran dengannya. Dia dan isterinya Sophia Engastromenos Schliemann menemui Troy, kota yang tenggelam di tempat yang kini Turki. Kota ini masyhur dalam epik Yunani, Iliad . | UMUM | |
TETELUK | Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan. Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya, banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir. Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut. Dalam kes lain, gelinciran berlaku iaitu, kerak bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan yang tenggelam. | UMUM | |
RADEN NGABEHI RANGGAWARSITA | RADEN NGABEHI RANGGAWARSITA (18021873), pujangga Jawa Lama, Indonesia. Dia lahir pada 4 Mac 1802 di Kampung Kedhung Kol, Surakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagus Burham tetapi nama ini terus tenggelam kerana dia lebih cenderung menggunakan gelaran Raden Ngabehi Ranggawarsita yang diperolehnya sewaktu menyandang jawatan Panewu Carik Kadipaten (Pujangga Istana) pada tahun 1831. Gelaran Kiai Sarataka yang diperolehnya pada tahun 1820-an juga tidak digunakan | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| tenggelam (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap, Berantonim dengan timbul
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem, Berantonim dengan timbul
4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,
5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus, Berantonim dengan muncul
| Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman, |
|
Puisi |
---|
|
Lancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi.
Lihat selanjutnya... |
|