Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TEPUNG TAWAR | TEPUNG TAWAR, sejenis bahan atau ramuan yang digunakan dalam perubatan tradisi dan acara ritual orang Melayu. Tepung tawar dibuat daripada beras yang dibancuh dengan air. Tepung tawar harus dibuat dengan tertib, cermat dan dimulai dengan bacaan bismillah. Biasanya tepung tawar dibuat beberapa minit sebelum digunakan. Tepung tawar dibuat khusus untuk sesuatu tujuan atau acara sahaja. | BUDAYA | Konsep |
PINTAIL | Pintail ialah itik air tawar yang berekor panjang. Ia terdapat di seluruh Hemisfera Utara dan bertebaran lebih banyak di dunia daripada lain-lain jenis unggas air. Di Amerika Utara, banyak pintail bersarang di Alaska dan Wilayah Yukon. Sesetengahnya terbang ke timur Siberia di Asia untuk bersarang dan kemudian kembali ke Amerika Utara pada musim sejuk. | UMUM | |
SIKLOP | Siklop ialah krustasea air tawar. Ia mendapat namanya daripada Siklop, iaitu gergasi bermata satu di tengah kepalanya dalam mitologi Yunani. Siklop adalah krustasea kecil yang panjangnya sehingga satu milimeter. Ia hidup di dalam air tenang tasik atau kolam. | UMUM | |
TASIK MICHIGAN | Tasik Michigan ialah kumpulan air tawar yang terbesar di Amerika Syarikat. Tasik ini merupakan tasik yang ketiga terbesar antara Tasik-tasik Besar dan satu-satunya tasik daripada kumpulan tersebut yang terletak keseluruhannya di Amerika Syarikat. Tasik Michigan membentuk satu hubungan yang penting dalam sistem jalan air yang besar yang menganjur ke timur menuju ke Lautan Atlantik dan ke selatan melalui Sungai Mississippi menuju ke Teluk Mexico. | UMUM | |
TASIK ILMEN | Tasik Ilmen ialah tasik air tawar yang terletak di bahagian barat laut Rusia betul-betul di selatan Novgorod. Panjangnya kira-kira 42 kilometer dan lebarnya 34 kilometer. Sungai yang mengalir ke dalam tasik tersebut termasuklah Sungai Msta, Lovat dan Shelon. Tasik Ilmen mengalir ke utara melalui Sungai Volkhov masuk ke Tasik Ladoga. Sungai Msta dan Volkhov dihubungkan oleh dua terusan yang merupakan sebahagian daripada jalan air yang menganjur dari Laut Baltik ke Laut Hitam. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta rupa bumi). | UMUM | |
TASIK HINDMARSH | Tasik Hindmarsh ialah tasik air tawar yang terbesar di Victoria, Australia. Luas tasik ini 12 000 hektar. Pinggir tasik ini melebihi 64 kilometer namun permukaan airnya tidak menentu kerana tasik ini menjadi kering pada tahun yang kering dan menjadi sebuah kawasan tanah datar yang diselaputi garam. Tasik Hindmarsh terletak di Dimboola Shire, kira-kira lima kilometer ke timur laut Jeparit. | UMUM | |
YABBY | Yabby ialah udang krai air tawar di Australia. Terdapat banyak jenis, sesetengahnya besar, tetapi kebanyakannya kecil. Kesemua yabby dicirikan oleh sepasang penyepit yang tegap. | UMUM | |
MARON | Maron ialah sejenis udang krai air tawar yang terbesar di dunia. Maron terdapat di barat daya Australia. | UMUM | |
PIKE | Pike ialah nama biasa bagi famili ikan air tawar yang terkenal dengan selera yang rakus dan mempunyai semangat melawan. Ahli famili pike mempunyai tubuh yang panjang dan langsing, dengan muncung berbentuk umpama paruh itik yang dipenuhi dengan gigi. | UMUM | |
IKAN TROPIKA. | Ikan tropika. Banyak jenis ikan hidup dalam habitat air tawar dan air masin di kawasan tropika. Bagaimanapun, istilah ikan tropika merujuk kepada jenis ikan kecil berwarna terang yang membiak sangat cepat dan popular untuk akuarium rumah. Ikan tropika sering kali lebih kecil sedikit daripada ikan emas, tetapi saiznya berbeza-beza dari kira-kira 2.5 sentimeter hingga 30 sentimeter. Kira-kira 600 jenis ikan tropika dipelihara dalam akuarium rumah. Malah pemilik baru akuarium rumah juga boleh memelihara banyak jenis ikan ini.
| UMUM | Umum |
|
Tesaurus |
---|
| tawar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang, Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit
2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,
3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap, Berantonim dengan ghairah
4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati, Berantonim dengan marah
5. Dalam konteks pidato bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,
| Kata Terbitan : menawari, penawar, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau datang kapal serati, Sungguh Jawa tawar-menawar; Kalau datang si jantung hati, Racun diminum jadi penawar.
Lihat selanjutnya... |
|