Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SATIN | Satin ditenun dengan benang pakan (benang melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan tenunan satin. | UMUM | |
SERGE | Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib serong atau rib miring pada permukaan kain. Serge worsted digunakan untuk membuat pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak digunakan untuk lapik. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| serong (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pencong: herot, bengot, benyot, rencong, sayung, genjang, condong, mengok, mengot, senget, miring, sendeng, sadak, tuding, tubing, mendoyong, jeneng, gendeng, sondai, sinting, serendeng, reyok, melereng, ruyung, kencong, mencong, menceng, mengsol, Berantonim dengan tegak
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan tidak jujur, curang, tidak lurus, selingkuh, kongkalikong, palsu, pura-pura, culas, selingkuh, Berantonim dengan amanah
| Kata Terbitan : menyerong, menyerongkan, keserongan, |
|
|