Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUHAMMAD SYAWQIY | Muhammad Syawqiy (1244 H.1304 H./1828 M. 1887 M.) ialah penulis khat agung Turki. Dia terkenal dengan bidang kesenian penulisan khat Arab. Selepas itu hasil kerjanya lebih dikenali dengan nama Madrasah Syawqiy (Sekolah Syawqiy). Muhammad Syawqiy lahir di Saiyidlar, Laut Hitam dan berpindah ke Istanbul semenjak kecil kerana bersekolah. Dalam masa itu juga dia mempelajari khat melalui bapa saudaranya Muhammad Khalusiy hingga dia mendapat ijazah pada tahun 1841 M. Selepas itu, dia menolak untuk belajar dengan sesiapa pun kerana mengiktiraf bapa saudaranya yang serba berkebolehan. Dia hanya belajar daripada penulis khat ternama seperti al-Hafiz Uthman, Ismail al-Zuhdiy dan Mustafa Raqim sehingga dia mampu mencipta cara tersendiri dalam penulisan dan diikuti orang lain selepasnya. | UMUM | |
NEY, MICHEL | Ney, Michel (17691815), salah seorang askar terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat dengan cemerlang dalam kempen pada tahun 1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu menjadikannya askar yang paling dikenali. Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di Elchingen pada tahun 1805. | UMUM | |
UJIAN TOKOKAN TEKANAN | Kaedah ujian telaga yang sering digunakan dalam industri petroleum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan keupayaan reservoir (kh) atau kebolehtelapan-tebal dan kulit (S) telaga. Kadangkala, tekanan purata reservoir juga diperoleh menerusi ujian ini. Untuk menjalankan ujian tokokan tekanan, mula-mula telaga ditutup sehingga tekanan reservoir menjadi stabil. Selepas itu, telaga dibuka dan dialirkan. Hal ini menyebabkan tekanan reservoir menyusut. Seterusnya telaga ditutup sekali lagi dalam sela masa tertentu. Semasa telaga ditutup, tekanan permukaan formasi diukur. Penutupan kali kedua ini menyebabkan tekanan reservoir bertambah. Itulah sebabnya ujian ini dinamai ujian tokokan tekanan.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Kaedah |
ZAHARI AFFANDI | ZAHARI AFFANDI (1947- ), penulis. Dia Lahir pada 17 Oktober 1947 di Kampung Baru Pahi, Kuala Krai, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Asari bin Ismail. Dalam bidang penulisan, dia menggunakan nama pena Nazir Usman. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kampungnya dan tamat Darjah Enam (1955-1960). Selepas itu dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1961-1963). Kemudian dia bekerja sendiri. Sekitar tahun 1967, dia berpindah ke Kota Bharu, Kelantan. Semasa di sana, dia belajar sendiri dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1970. Selepas itu dia berpeluang mengikuti Kursus Penulisan Kreatif selama setahun di Universiti Sains Malaysia (1978-1979). Dari tahun 1981 hingga tahun 1983, dia berpeluang mengikuti Kursus Kewartawanan dan Book Publishing di University Boston, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |
MU'ALLIMIY AL-YAMANIY, AL- | Muallimiy al-Yamaniy, al- (1313 H.1386 H./ 1895 M. 1966 M.), pengarang kitab. Nama penuhnya ialah Abd al-Rahman ibn Yahya, Abu Bakar al-Muallimiy al-Yamaniy. Dia lahir di sebuah kampung bernama al-Muhaqarah, di daerah Utmah, Yaman. Selepas itu, al-Muallimiy al- Yamaniy berpindah ke Jazan pada tahun 1329 H. dan terus tinggal di sana sehingga dilantik oleh Gabenor Jazan, Muhammad al-Idrisiy sebagai ketua hakim di samping sibuk dengan urusan pengajaran. Dia juga diberi gelaran Shayikh al- Islam. | UMUM | |
MAHMUD HAMDIY AL-FALAKI | Mahmud Hamdiy al-Falaki (1230 H.1302 H./ 1815 M.1885 M.), jurutera daripada kalangan ulama Mesir. Nama sebenarnya ialah Mahmud Ahmad Hamdiy dan lebih dikenali sebagai Mahmud Hamdiy. Dia lahir di bahagian barat Mesir, mendapat pendidikan di Iskandariah dan selepas itu menyambung pelajaran di Kaherah. Dia terpilih menjadi guru di sekolah al- Muhandiskhanah . Pada tahun 1845 M., kerajaan Mesir menghantarnya ke Eropah dan kembali ke Mesir pada tahun 1860 M. | UMUM | |
TETANI | Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh kekejangan otot secara berkala dan sedikit perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot barangkali merebak ke muka, badan dan kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca daripada kekurangan bahan garam kalsium atau ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN KA'B AL-QARAZIY | Muhammad ibn Kab al-Qaraziy (40 H.120 H./ 661 M.737 M.), salah seorang pemerintah Bani Awsa. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Kab ibn Salim al-Qaraziy al-Madaniy. Bapanya menjadi tawanan Bani Qurayzah. Muhammad menetap di Kufah dan selepas itu menjadi penduduk Madinah. Dia merupakan pemimpin yang alim, jujur, ahli hadith dan ahli tafsir yang amat dipercayai. | UMUM | |
A'ZAMI, MUSTAFA AL- | Azami, Mustafa al- (1351 H. /1933 M. ), ahli fikir dan profesor di sebuah universiti di Arab Saudi. Nama penuhnya ialah Muhammad Mustafa al-Azami. Dia lahir di bandar Manu, pesisiran Azham Kadah, di utara India. Dia mula belajar di sekolah Arab Islam dan kemudiannya di Kolej Darul Ulum, Douband dan tamat pengajian pada tahun 1952. Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan Diploma Pendidikan daripada Fakulti Bahasa Arab. | UMUM | |
RAZI, ABU BAKAR MUHAMMAD AL- | Razi, Abu Bakar Muhammad al- (250320 H./ 864924 M.), pakar bidang perubatan yang menghasilkan pelbagai karya dan risalah mengenai perubatan. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Zakariyya Abu Bakar al-Raziy. Dia lahir di bandar al- Rayy yang terletak di selatan Tehran. Dia mempelajari bidang perubatan selama 30 tahun sehingga dilantik menjadi Pengarah Hospital Besar Bimaristan di al-Rayy. Tidak lama selepas itu, dia berpindah ke Baghdad. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| lepas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka, Berantonim dengan terikat
2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,
3. Bersinonim dengan lalu: lampau Berantonim dengan sekarang
| Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan, |
|
|