Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEDAR | Sedar ialah sekumpulan pokok besar, malar hijau yang tumbuh di banyak bahagian di dunia. Terdapat dua kumpulan utama sedar, iaitu sedar kupresineus dalam famili sipres dan sedar sebenar dalam famili pain. | UMUM | |
SENGHOR, LÉOPOLD SÉDAR | Senghor, Léopold Sédar (19062001) ialah Presiden Senegal dari tahun 1960 hingga tahun 1981. Dia juga terkenal kerana puisi dan karyanya tentang politik, budaya, dan masyarakat. | UMUM | |
ANGKATAN WANITA SEDAR | Angkatan Wanita Sedar, pertubuhan wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Angkatan Wanita Sedar atau akronimnya AWAS ditubuhkan pada tahun 1946 dan diketuai oleh Aishah Ghani, wartawan akhbar Pelita Malaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TIDUR | Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap. Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan otot berehat. Denyutan jantung dan kadar pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan menjadi tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. | UMUM | |
DERIA OTOT | Deria otot juga dikenali sebagai propriosepsion sedar ialah salah satu daripada dua deria yang memberitahu manusia kedudukan bahagian badan. | UMUM | |
SAWAI | Sawai ialah istilah yang umumnya digunakan untuk menerangkan sebarang keadaan separuh sedar atau lena yang luar biasa. Istilah ini juga boleh digunakan untuk menerangkan keadaan orang yang dipukau, menurun, dan orang yang mengalami gangguan mental. Kadangkala, sawai berlanjutan untuk jangka waktu yang agak panjang. Walau bagaimanapun, biasanya sawai hanya berlaku dalam tempoh waktu yang pendek. Perkataan sawai, pada mulanya digunakan bagi keadaan roh yang dipercayai telah meninggalkan tubuh bagi tempoh waktu tertentu. | UMUM | |
ANTIGONE | Antigone , dalam mitologi Yunani, ialah puteri Raja Oedipus dan Permaisuri Jocasta, yang memerintah Thebes. Oedipus secara tidak sedar membunuh bapanya dan mengahwini ibunya. Apabila menyedari apa yang telah dilakukannya, dia membutakan matanya dan kemudiannya diusir dari Thebes. Antigone menemani bapanya sebagai pemandu semasa bapanya berada dalam buangan (lihat Oedipus ). | UMUM | |
KOMPLEKS OEDIPUS | Kompleks Oedipus, suatu konsep yang digunakan dalam psikoanalisis, merupakan keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa yang bertentangan jantina. | UMUM | |
NATRIUM TIOPENTON | Natrium tiopenton ialah barbiturat yang digunakan untuk menyebabkan tidur semasa pembedahan. Ia adalah anestetik am iaitu, ubat yang menyebabkan tidak sedar dan hilang rasa pada keseluruhan badan. | UMUM | |
KONVULSI | Konvulsi ialah pengecutan tidak sengaja oleh sekumpulan otot yang biasanya diikuti dengan keadaan tidak sedar. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sedar (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek, Berantonim dengan tidur
3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung, Berantonim dengan jahil
| Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.
Lihat selanjutnya... |
|