Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros yang ditanam untuk buahnya yang sedap berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil, putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan pada mulanya dan menjadi merah terang apabila masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk membuat jem, jeli, dan wain. |