Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
WARNA | WARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda. Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang. Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan. Unsur unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu). Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu. | BUDAYA | Konsep |
MAMBA | Mamba ialah nama tiga spesies ular yang sangat berbisa, yang terdapat di bahagian tengah dan
selatan Afrika. Mamba berkait rapat dengan ular tedung, tetapi tidak mempunyai hud sebagaimana
ular tedung (lihat Ular tedung). | UMUM | |
RIMU | Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik dan sangat berharga, digunakan untuk membina rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi, dengan dahannya yang melentok berwarna hijau pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada batangnya. Seperti semua pain, pokok ini mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh di hujung dahan; bunga jantan dalam bentuk mayang dan bunga betina dalam bentuk kon kecil. Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan atau bunga betina. | UMUM | |
SELADA | Selada ialah sayur yang popular yang digunakan terutamanya untuk membuat salad. Biasanya selada dimakan segar dan tidak dimasak. Selada adalah sebahagian daripada banyak diet untuk mengawal berat badan kerana ia mengandungi sedikit kalori dan membekalkan kalsium, besi dan vitamin A. Kebanyakan jenis selada mempunyai daun yang besar berwarna hijau dan tumbuh rapat ke tanah pada batang yang sangat pendek. Selada adalah tanaman ladang yang penting di banyak kawasan di dunia, dan pekebun rumah menanam beberapa jenis selada. Perladangan selada mungkin bermula di Parsi seawal tahun 550 S.M. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| rapat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh, Berantonim dengan jarang
2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit, Berantonim dengan jauh
3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra, Berantonim dengan renggang
| Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan, |
|
|