Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MINUMAN RINGAN | Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol, berperisa, yang disediakan dengan air bergas. Minuman ini dinamakan ringan untuk membezakannya daripada minuman keras (beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah minuman ringan yang paling banyak digunakan. Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren, anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di banyak negara di dunia. | UMUM | |
SISTEM TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) | Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) ialah sejenis pengangkutan kereta api elektrik. Terdapat dua sistem transit aliran ringan yang beroperasi di Lembah Klang, Malaysia, iaitu STAR-LRT dan PUTRALRT. | UMUM | |
KAPAL UDARA | Kapal udara lebih ringan daripada pesawat. Kapal udara mempunyai badan utama yang besar, yang mengandungi gas yang lebih ringan daripada udara | UMUM | |
ZEPPELIN, FERDINAND VON | Zeppelin, Ferdinand von (18381917) ialah perintis Jerman yang masyhur yang mencipta kenderaan yang lebih ringan di udara. Dia mencipta pesawat udara daripada beg gas, yang disokong oleh kerangka ringan di bahagian dalamnya. Pesawat udara ini dikuasai dan dikawal oleh enjin. | UMUM | |
SENJATA API | Senjata api ialah sebarang senjata yang menggunakan serbuk letupan untuk menembakkan peluru atau kelongsong. Umumnya, istilah ini digunakan untuk senjata api ringan seperti raifal, senapang patah, dan pistol. Ia biasanya dikenali sebagai senjata api ringan . Senjata api yang lebih berat biasanya dirujuk kepada artileri . | UMUM | |
DUK | Duk ialah kanvas ringan yang biasanya dibuat daripada linen, kapas atau serat sintetik yang ditenun kosong atau tidak bercorak. | UMUM | |
POLISTIRENA | Polistirena ialah bahan plastik bak kaca, ringan yang digunakan dalam pelbagai barang. Keluaran yang dibuat daripada polistirena termasuklah pembungkus makanan, penebat, barang rumah, dan bahagian kereta. | UMUM | |
KAYAK | Kayak ialah sejenis sampan yang ringan dan sempit yang kelihatan seperti kanu tetapi mempunyai dek yang tertutup. Dek itu mempunyai satu hingga empat tempat terbuka yang disebut sebagai kokpit. | UMUM | |
KEKABU | Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika. | UMUM | |
KARBIN | Karbin ialah senapang yang pendek dan ringan. Beratnya kira-kira 3.2 kilogram, atau kira-kira 1.4 kilogram kurang daripada berat sepucuk senapang biasa. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| ringan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang, Berantonim dengan sukar
2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak, Berantonim dengan penting
| Kata Terbitan : meringankan, memperingan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.
Lihat selanjutnya... |
|