Perenggan ialah sebahagian daripada karya tertulis yang terdiri daripada satu atau lebih ayat yang dibina atau disusun untuk berfungsi sebagai satu unit. Baris pertama biasanya diengsot. Perkara atau tajuk perenggan biasanya dinyatakan dalam ayat pertama, yang dinamakan tajuk ayat . Perenggan berbeza-beza panjangnya daripada satu kata yang digunakan untuk penekanan seperti Never, hingga kepada beberapa ratus kata. Tetapi kebanyakan perenggan panjangnya dari 100 kata hingga 200 kata. |