Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
untaiberuntai-untai banyak untainya; berangkai-rangkai.Kamus Pelajar
untaiuntaian sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai; rangkaian.Kamus Pelajar
untai3 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak dsb) yg lengkap.Kamus Pelajar
untai2 penjodoh bilangan utk benda yg berangkaian (spt rantai dsb); utas: Suaminya telah membelikan dia se~ kalung berlian.Kamus Pelajar
untai1 benang atau tali yg digunakan utk mengarang manik, buah tasbih dll.Kamus Pelajar
beruntai-untaibanyak untainya, beberapa untai (kalung dll), berangkai-rangkai: maka larilah ikan-ikan itu menyelam menyusupi akar-akar teratai yg berjuntai ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
untai1. benang atau tali yg digunakan utk mencucuk buah tasbih (manik dll); 2. pen-jodoh bilangan utk rangkaian benda yg dicucuk (spt rantai manik, kalung mutiara, dsb), utas: dua ~ kalung mutiara; 3. = untaian karang-an, rangkaian; 4. serangkap (pantun, sajak, dll), serangkai: sajak empat se~ ini barangkali memang agak umum sedikit; beruntai, beruntaian, menguntai tampak menjuntai, berjuntai-juntai; beruntai-untai banyak untainya, beberapa untai (kalung dll), berangkai-rangkai: maka larilah ikan-ikan itu menyelam menyusupi akar-akar teratai yg berjuntai ~; teruntai tergantung beruntai-untai; untaian 1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan, rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan: hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi?Kamus Dewan Edisi Keempat
renteng(rénténg) Jk; serenteng serangkai, se­­untai (mercun dll); berenteng-renteng 1. beruntai-untai; 2. berendeng-rendeng, berganding-ganding, be­runtun-runtun; merenteng; ~ mercun membakar mercun seuntai (tidak satu-satu).Kamus Dewan Edisi Keempat
untai1 benang atau tali yg digunakan utk mengarang manik, buah tasbih dll. 2 penjodoh bilangan utk benda yg berangkaian (spt rantai); utas: Suaminya telah membelikan dia se~ kalung berlian. 3 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak dsb) yg lengkap. beruntai-untai banyak untainya; berangkai-rangkai. untaian sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai; rangkaian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beruntai-untaibanyak untainya; berangkai-rangkai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
untai (kata nama)
1. Dalam konteks benang
bersinonim dengan utas, tali, lawai, lembar,

2. Dalam konteks penjodoh bilangan
bersinonim dengan utas, susunan, rangkaian, rangkap,

Kata Terbitan : beruntai, teruntai, untaian,

Puisi
 

Buah berembang buah bidara,
     Masak seuntai dua untai;
Anak bersubang disangka dara,
     Macam mumbang ditebuk tupai.



Lihat selanjutnya...