Kata |
Takrif |
Sumber |
stanza | rangkap (sajak) yg terdiri drpd sebilangan tertentu baris, bait (sajak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melankolis | 1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melankolik | , melankolis 1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
heroic stanza | n rangkap wiraan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
elegiac stanza | n rangkap elegi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
stanza | stanza | Kesusasteraan | Tiada | Satu unit yang mengandungi beberapa bait dalam sesebuah sajak. Unit ini berfungsi menstrukturkan sajak tersebut kepada bahagian kecil. Unit ini bergantung pada jumlah baris, panjang pendek suku kata dalam setiap baris, skema rima dan matra. Sajak yang mempunyai 16 baris mungkin dibahagikan kepada empat stanza, dan setiap stanza mengandungi empat baris. Stanza berfungsi untuk menggariskan sempadan dan memperkembangkan suatu idea kepada idea yang seterusnya. |
ballad stanza | stanza balada | Kesusasteraan | Puisi | Bait yang terdapat dalam sesebuah puisi balada. Balada merupakan suatu cerita atau epik yang panjang. Contohnya, puisi "Balada Langit Tua Manusia Sengketa" dalam kumpulan Duri dmz Api karya Usman Awang. |
antistrophe | antistrofa | Kesusasteraan | Puisi | Bahagian kedua daripada tiga bait atau stanza puisi lirik, atau salah satu tiga bentuk stanza dalam 'Oda Yunani' yang dinyanyikan beramai-ramai. |
chain rhyme | rima berangkai | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi. |
septet | rangkap tujuh | Kesusasteraan | Tiada | Stanza yang mengandungi tujuh baris. |
closed couplet | kuplet lengkap | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang boieh berdiri sendiri yang terdiri daripada dua baris dalam satu stanza. Lazimnya puisi ini mempunyai jumlah perkataan yang samil dalam setiap baris. Di hujung setiap baris terdapat rima akhir yang sama seperti a a, b b atau c c. Contohnya, seperti di bawah. Pantun dua kerat: Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Gurindam: Apabila perkataan yang amat kasar, Lekaslah orang sekalian gusar. |
octave | oktaf | Kesusasteraan | Tiada | Sajak yang mengandung rangkap lapan baris ayat atau kalimat dan tergolong ke dalam jenis stanza. |
triad | triad | Kesusasteraan | Tiada | 1. Kelompok yang terdiri daripada tiga orang, gagasan atau objek yang erat hubungan. 2. Dalam puisi, tiga stanza lirik: strof, antistrof dan epode. |
horation ode | oda horas | Kesusasteraan | Tiada | Sajak lirik Inggeris yang diilhamkan daripada lagu karya penyair rome yang bernama Horace. Dalam sajak ini, setiap stanza biasanya mempunyai bentuk dan pola meter yang sama. Sajak ini berbeza dengan sajak lirik ciptaan Pindar. Lihat juga oda. |
chorus | korus | Muzik | Tiada | 2.Baris ulang dalam sebuah lagu stropik. Kedua-dua muzik dan lirik puisi dalam korus diulangi berselang-seli dengan stanza yang sering. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
stanza | [stan.za] | ستنزا |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata stanza |
|
|