Kata |
Takrif |
Sumber |
wacana | sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. | Kamus Pelajar |
wacana | 1 sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. 2 perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: Mereka mengadakan ~ ilmu. mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wacana | 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewacanakan | menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mewacanakan | menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tema | (téma) subjek yg menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dlm kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sbg tema, berdasarkan tema (yg tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mukadimah | Ar kata pengantar, prakata; 2. pendahuluan dlm sesuatu ujaran atau wacana; bermukadimah memberikan atau mengucapkan mukadimah (dlm sesuatu pertemuan dsb): setelah ~ dgn ucapan alu-aluan oleh pengerusi, perbincangan terus dimulakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koheren | (kohéren) 1. berhubungan, bersangkut paut: kita harus membentuk padanan kata yg ~; 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
appraisive | adj bersifat menilai: an ~ discourse, wacana yg bersifat menilai. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
discourse | n 1. (fml), (serious speech) syarahan; (serious piece of writing) huraian: a ~ on Malaysian history, syarahan ttg sejarah Malaysia; he wrote a ~ on the establishment of a nuclear free zone, dia menulis huraian ttg pewujudan kawasan bebas nuklear; 2. serious conversation, perbincangan, berbincang; enter into a ~ with so., berbincang dgn sso; 3. (ling) wacana; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
discourse | wacana | Kesusasteraan | Puisi | Keseluruhan tuturan atau ujaran yang merupakan kesatuan fikiran yang lengkap. Pantun di bawah merupakan satu wacana yang lengkap. Pisang emas dari Bentan, Pisang lidi bertanding-tandingan; Hutang emas dibalas intan, Hutang budi tiada bandingan. |
semantic | semantik | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana. |
meaning making | pengungkapan makna | Umum | Tiada | Pentafsiran wacana dan unsur-unsurnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman lampau supaya jelas difahami. Antara unsur dalam wacana ialah seperti teratur dan tersusun rapi, kohesi, bertujuan, dan diterima oleh pembaca/pendengar. |
dialogism | dialogisme | Kesusasteraan | Tiada | Suatu bentuk wacana yang merujuk pelbagai luahan watak-watak yang mungkin bertentangan pandangan terhadap sesuatu subjek dan bukan pandangan pengarang semata-mata. Bentuk wacana ini disampaikan melalui gaya dialogika atau polifonik dan bukan bergaya monologik. Terma ini digagaskan oleh Mikhail Bakhtin dalam teori dialogisme. |
orientalism | orientalisme | Kesusasteraan | Tiada | Konsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep Timur bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 berlaku pada zaman Imperialisme Eropah terutamanya dalam era empayar British. Wacana orientalisme biasanya mengandungi prejudis dan sikap bongkak Barat terhadap Timur. Wacana ini mempamerkan sentimen perkauman yang tebal dan anggapan tidak berasas atau terlampau umum dan menyeluruh. Oleh sebabv ilmu mengenai Timur ini disokong oleh jentera dan prasarana Barat, maka hal tersebut dianggap mempunyai kesahihan. |
postcolonial criticism | kritikan pascakolonial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme. |
free indirect style | wacana bebas tak langsung | Kesusasteraan | Tiada | Teknik pengarang menyampaikan pemikiran dan ujaran watak secara tidak langsung dari sudut pandangan watak, seolah-oleh disampaikan sendiri oleh watak. Teknik ini menggabungkan ciri-ciri ujaran secara langsung daripada seorang watak dengan ciri-ciri ujaran tidak langsung seorang pengarang. Contohnya, ujaran bebas langsung dalam novel, F?tim?h berk?t?, Aku r?s? diriku tersisih. Perset?nk?n merek?! Contoh ujaran bebas tidak langsung dalam novel, F?tim?h berk?t?, dirinya tersisih. Perset?nkan merek?! |
metacriticism | metakritikan | Kesusasteraan | Tiada | Wacana kritikan yang meneliti prinsip, asas, dan kaedah kritikan sastera. Contohnya, penulisan teori yang mengetengahkan fungsi kritikan seperti dalam buku The Anatomy of Criticism hyang ditulis oleh Northrop Frye, manakala buku Medan-medan dalam Sistem Persuratan Melayu oleh Mohd. Affandi Hassan pula mempersoalkan gagasan dalam buku Puitika Melayu oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh. |
irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi. |
orientalisme | orientalisme | Kesusasteraan | Tiada | Kajian sastera tentang wacana dan pemikiran Timur daripada kaca mata Barat. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
wacana | wacana [wacana] | Melanau Dalat | |
menganak | wacana | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
wacana | [wa.ca.na] | وچان |
|
Tesaurus |
---|
| wacana (kata nama) | 1. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, pertuturan, percakapan,
2. Dalam konteks pemikiran bersinonim dengan pidato, khutbah, ceramah, syarahan surat, artikel, novel, cerpen.,
|
|
|