Kata |
Takrif |
Sumber |
pertuturan | 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demikian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertuturan | 2 apa-apa yg dituturkan; percakapan: Dlm ~ sehari-hari, kita tidak menggunakan bahasa surat. | Kamus Pelajar |
pertuturan | 1 cara atau gaya bertutur; sebutan: ~ budak itu masih pelat. | Kamus Pelajar |
dabing | 1 hal atau hasil mengalih pertuturan drpd satu bahasa ke bahasa lain dlm filem dsb. 2 hal atau hasil memasukkan bunyi, suara, muzik dll ke dlm filem dsb. mendabing 1 mengalih (mengubah) pertuturan drpd satu bahasa ke bahasa lain dlm filem dsb. 2 memasukkan bunyi, suara muzik dll ke dlm filem dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kreol | (kréol) (Lin) bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu; pengkreolan perihal mencampuradukkan dua bahasa yg berlainan dlm pertuturan sehingga bahasa tersebut menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dabing | 1. hal atau hasil mengalih pertuturan drpd satu bahasa ke bahasa lain dlm filem dsb. 2. hal atau hasil memasukkan bunyi, suara, muzik dll ke dlm filem dsb. mendabing 1. mengalih (mengubah) pertuturan drpd satu bahasa ke bahasa lain dlm filem dsb. 2. memasukkan bunyi, suara muzik dll ke dlm filem dsb. | Kamus Pelajar |
retorik | (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya bercakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia menyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg digunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pensintesis pertuturan(speech synthesizer) | Peranti yang berfungsi menjanakan suara manusia yang disintesis secara elektronik. | Kamus Komputer |
cerita | 1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu perkara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm sesuatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. penceritaan hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kakologi | (Lin) pertuturan yg menyimpang drpd norma sebutan atau tatabahasa, mis slanga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
speech | 2. that which is spoken, utterance, pertuturan, percakapan: in ordinary ~ we often shorten longer words such as cannot to cant, dlm pertuturan biasa, kita selalunya memendekkan perkataan yg panjang spt cannot kpd cant; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
free speech | n pertuturan bebas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
speech therapy | n terapi pertuturan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
speech therapist | n ahli terapi pertuturan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
baby-talk | n cakap pelat; (tech) pertuturan bayi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
therapy | n terapi: speech ~, terapi pertuturan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
slurred | adj tdk jelas: ~ speech, pertuturan yg tdk jelas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
therapist | n ahli terapi: a speech ~, ahli terapi pertuturan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
speech | n 1. faculty of speaking, pertuturan: the stroke deprived him of his ~, angin ahmar telah merosakkan pertuturannyahave the power of ~,mempunyai kebolehan bertutur: in some childrens books animals have the power of ~, dlm sesetengah buku kanak-kanak, binatang mempunyai kebolehan bertutur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
remediable | adj boleh dipulihkan: a ~ speech defect, kecacatan pertuturan yg boleh dipulihkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
common speech | bahasa umum, pertuturan umum | pertuturan umum, pertuturan sepunya | pertuturan umum, pertuturan sepunya | Linguistik |
colloquial speech | bahasa sehari-hari, pertuturan kolokial | pertuturan kolokial | pertuturan bahasa basahan, pertuturan kolokial | Linguistik |
speech therapy | terapi pertuturan | terapi pertuturan | terapi pertuturan | Perubatan |
speech disability | cacat pertuturan | cacat pertuturan | cacat pertuturan | Perubatan |
speech development | perkembangan pertuturan | perkembangan pertuturan | perkembangan pertuturan | Perubatan |
speech audiometry | audiometri pertuturan | audiometri pertuturan | audiometri pertuturan | Perubatan |
speech pathologist | pakar patologi pertuturan | pakar patologi pertuturan | pakar patologi pertuturan | Perubatan |
motor speech cortical area | kawasan korteks pertuturan motor | kawasan korteks pertuturan motor | kawasan korteks pertuturan motor | Perubatan |
pressured speech | tutuhabis/malar | pertuturan terus menerus | pertuturan terus menerus | Perubatan |
cued speech | pertutran kiu/mimik | pertuturan kiu | pertuturan kiu/mimik | Perubatan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
phonocentrism | fonosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Perihal tumpuan pada bunyi atau pertuturan. Fonosentrisme merupakan salah satu cabang dalam bidang logosentrisme yang mengutamakan pertuturan berbanding dengan penulisan. Ahli falsafah perancis, Jacques Derrida memperkenalkan istilah logosentrisme apabila beliau membicarakan aspek kebenaran dalam bentuk buah fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan dalam fonosentrisme berdasarkan pandangan bahawa fonosentrisme lebih hampir dengan kebenaran berbanding dengan penulisan. Menurut Derrida, penulisan dianggap asing berbanding dengan pertuturan. Pandangan ini bertentangan dengan pendapat Plato, seorang ahli falsafah purba yang meletakkan tahap pertuturan lebih tinggi daripada penulisan. Lihat juga logosentrisme. |
juncture | junktur/saktah | Sains Kesihatan | Tiada | Peralihan dari satu bunyi pertuturan ke satu bunyi pertuturan berikutnya, sama ada dalam suatu perkataan di antara (t) dengan (r) dalam nitrat atau yang menandakan sempadan di antara perkataan seperti (k) dan (j) dalam ketuk jari. |
monologue | monolog | Kesusasteraan | Tiada | Pertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran To be or not to be oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sabur oleh Sabiq Chubak. Contoh monolog dramatik yang biasanya terdapat pada teater tradisional Makyung ialah ungkapan semasa Pakyung memperkenalkan dirinya seperti yang berikut: Yalah tuboh hambo bergelar Raja Bongsu Sakti dari negeri Pelenggang Cahaya. Bonda bernamo Raja Besar. Istilah monolog berasal daripada drama Yunani berjudul Oedipus Rex oleh Sophocles. Monolog menjadi bentuk popular dalam penulisan Barat pada kurun ke-16 dan pada era Elizabeth seperti dalam karya Shakespeare. Lihat juga monolog dalaman, monolog dramatik, senandika. |
scanning speech | pertuturan terjeda | Perubatan | Tiada | Pertuturan yang suku katanya terhenti-henti. |
spontaneous speech | pertuturan spontan | Sains Kesihatan | Tiada | Pertuturan yang berlaku tanpa sebarang bantuan. |
arrow-point speech | pertuturan hujung panah | Perubatan | Tiada | Pertuturan yang tidak tepat kerana lidah diletakkan berhampiran atau bersentuhan dengan gigi anterior maksila disebabkan mekanisme pergerakan sendi abnormal. |
amplified speech spectrum | spektrum pertuturan kuat | Sains Kesihatan | Tiada | Bunyi pertuturan berdasarkan frekuensi dan keamatan yang diperkuat dengan menggunakan alat bantu pendengaran. |
speech awareness | kesedaran pertuturan | Sains Kesihatan | Tiada | Kesedaran memahami bunyi bahasa dan pertuturan. |
speech recognition | pengecaman pertuturan | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses yang menukarkan perintah atau data pertuturan kepada bentuk yang boleh diterima oleh komputer. |
speech recognition device | peranti pengecaman pertuturan | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti yang menerima pertuturan melalui pembesar suara dan menukarkannya kepada kod digital yang boleh difahami komputer. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tutur | pertuturan patutuan; | kedayan | |
tutur | bahasa pertuturan harian bahasak patutuan haian. | kedayan | |
tatat, beratatat | pertuturan yg keluarnya bertalu-talu, cakap mendebu. | Melanau Mukah | |
sael, pesael | pertuturan yg kurang jelas akibat angin ahmar. | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb geseran permukaan yang berlaku pada struktur. (KEJ) abreaction (abreaksi) Proses psikoanalisis yang digunakan untuk meluahkan perasaan pesakit ber- hubung dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pe- ngalaman berkenaan melalui pertuturan atau perbuatan. Sinonim catharsis. (UBAT) abrupt wave (gelombang dadakan) Gelombang jalar atau tambahan kedalaman air dalam suatu alur terbuka yang disebabkan oleh perubahan mengejut pada keadaan aliran. (HID) ABS (ABS atau 9 cm dari garis tengah dada. Tempat denyutan ini akan teranjak ke bahagian yang lebih lateral sekiranya jantung mengembang atau membesar. (UBAT) aphasia (afasia) Ketakupayaan berkomunikasi sama ada melalui pertuturan, tulisan dan isyarat, atau untuk memahami pertuturan dan bahasa bertulis. Keadaan ini disebabkan penyakit atau kecederaan pada otak. (UBAT) aphid (afid) Sekumpulan kutu daun atau kutu tumbuh-tumbuhan yang tergolong
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pertuturan | [per.tu.tu.ran] | ڤرتوتورن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
lidah | tongue | Organ berotot pada lantai mulut yang berfungsi sebagai deria rasa, membantu menggerakkan makanan semasa mengunyah atau menelan dan membantu proses pertuturan. | Menengah Rendah |
|
|