Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RAPANG | Rapang ialah nama sekumpulan burung pesisir yang kecil, montok. Burung rapang berbadan pendek dan berparuh pendek. Ia mengambil makanannya di permukaan tanah dan bukan mencungkilnya. Kebanyakan burung ini hanya mempunyai tiga jari kaki. Ia berleher pendek dan tebal. Sayapnya runcing dan menjangkaui hujung ekornya. | UMUM | |
ILLAWARRA TANDUK PENDEK | Illawarra tanduk pendek ialah baka lembu tenusu yang keseluruhannya terdapat di Australia dan merupakan baka lembu kedua terbanyak di Australia selepas baka Jersey. Hampir satu per tiga daripada semua lembu tenusu di Australia adalah daripada baka illawarra tanduk pendek.
| UMUM | Umum |
SENJATA PENDEK | SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung. Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama. | BUDAYA | Alat/Alatan |
GELOMBANG PENDEK | | UMUM | |
TENUK | Tenuk berkaitan rapat dengan kuda dan badak sumbu, walaupun ia kelihatan seperti babi. Tenuk mempunyai badan yang pendek, berat dan leher yang tebal. Hidungnya terjulur membentuk belalai yang pendek, boleh digerakkan. Kaki depannya mempunyai empat jari kaki, manakala kaki belakangnya mempunyai tiga jari kaki. Ekornya pendek. Tenuk adalah haiwan yang sentiasa berwaspada. Ia hidup di tengah hutan dan berhampiran dengan air kerana ia suka berenang. Tenuk memakan ranting, daun pokok, dan pokok renek, buah, dan sayur-sayuran. | UMUM | |
TAN | Tan ialah nama tiga unit berlainan yang digunakan untuk mengukur berat dan kapasiti. Unit-unit itu ialah tan panjang , tan pendek , dan tan metrik . Tan panjang dan tan pendek sering digunakan di Amerika Syarikat, tetapi tan metrik digunakan oleh hampir semua negara lain. Tan panjang bersamaan 1016 kilogram, tan pendek bersamaan 907 kilogram, dan tan metrik bersamaan dengan 1000 kilogram. Lihat juga Pengukuran (Mengukur berat); Sistem metrik; Timbangan dan ukuran. | UMUM | |
ANGSA | Angsa ialah sejenis burung air yang berkait rapat dengan itik dan swan. Seperti itik dan swan, angsa mempunyai paruh yang pipih; leher yang panjang; bulu tak telap air; sayap yang panjang, runcing; ekor yang pendek; kaki yang pendek dan merupakan kaki renang. Tetapi angsa lebih besar daripada itik dan lebih kecil daripada swan, dan angsa mengeluarkan bunyi ang bukannya menguek atau bersiul. Angsa jantan dikenali sebagai ganders dalam bahasa Inggeris. | UMUM | |
RISALAH | Risalah ialah karya pendek yang diterbitkan tentang perkara yang topikal | UMUM | |
PIN | Pin ialah logam yang pendek dan tajam. Ia digunakan terutamanya untuk menyemat dua atau lebih kain sekali. Manusia juga memakai pin sebagai barang kemas. | UMUM | |
SELAT GIBRALTAR | Jalur air sempit dan pendek yang menghubungkan Laut Mediterrranean dan Lautan Atlantik. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
|
Tesaurus |
---|
| pendek (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa, Berantonim dengan lama
3. Bersinonim dengan ringkas: singkat Berantonim dengan panjang
| Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang.
Lihat selanjutnya... |
|