Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENAWAR | PENAWAR, ubat, jampi dan serapah yang digunakan untuk mengurangkan bisa atau kesakitan fizikal dan emosi yang dihidapi oleh seseorang. Dalam perubatan Melayu, terdapat pelbagai jenis penawar seperti penawar bisa ampai-ampai ialah asam dan penawar sengat lebah ialah kapur. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |
JAMPI SERAPAH | JAMPI SERAPAH, ungkapan berirama yang diucapkan dalam suasana atau keadaan tertentu untuk menghasilkan kesan tertentu. Air sejuk, misalnya, menjadi penawar setelah dijampi serapah oleh bomoh. Sebagai ungkapan berirama, jampi serapah mengandungi perkataan yang menggambarkan pelbagai suasana, misalnya kutukan, pujuk rayu dan puji-pujian, selari dengan tujuan penggunaan jampi serapah itu. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
AUTISME | Autisme ialah gangguan perkembangan yang teruk yang bermula sebelum kanak-kanak berumur empat tahun. Keadaan ini jarang berlaku dan muncul sebagai sekumpulan simptom, yang paling jelas ialah ketidakupayaan untuk berhubung dengan orang lain. Autisme tulen, juga dikenali sebagai autisme kebayian awal atau autisme kebayian , terjadi pada lebih kurang seorang dalam setiap 700 orang kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki lebih mudah terkena penyakit ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Belum ada penawar lagi bagi penyakit ini. Istilah autistik kadangkala digunakan untuk memerihalkan orang yang mengalami masalah emosi yang teruk yang menyamai autisme. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tawar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang, Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit
2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,
3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap, Berantonim dengan ghairah
4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati, Berantonim dengan marah
5. Dalam konteks pidato bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,
| Kata Terbitan : menawari, penawar, |
|
Puisi |
---|
|
Banyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir.
Lihat selanjutnya... |
|