Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
YEAGER, CHARLES ELWOOD | Yeager, Charles Elwood (1923 ) dari Amerika ialah orang pertama yang membuat penerbangan yang lebih pantas daripada kelajuan bunyi. Dia mencapai kejayaan ini pada 4 Oktober 1947, dengan memandu kapal terbang rokel Bell X-1. Dia mencatat satu lagi rekod kelajuan pada 12 Disember 1953 dengan membuat penerbangan 2 kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi dengan memandu Bell X-1A. | UMUM | |
RACQUETBALL | Racquetball ialah sejenis permainan yang pantas dan menyeronokkan, dan kebanyakannya dimainkan di Amerika Syarikat. Pemain memukul sebiji bola dengan menggunakan raket yang menyerupai raket tenis kecil. Kebanyakan permainan ini dimainkan dalam gelanggang tertutup yang berukuran 6.1 meter tinggi, 12.2 meter panjang dan 6.1 meter lebar. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan ataupun berpasangan. Dalam permainan bola raket cut-throat , tiga pemain bersaing sesama sendiri. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pantas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat,
segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat, Berantonim dengan lembap
2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap, Berantonim dengan lembam
| Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan, |
|
|