Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TERAPI PERTUTURAN | Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang pertuturannya mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar. Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru. Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan bahasa, atau klinisian pertuturan. | UMUM | |
RIDLEY, HENRY | Pakar botani berbangsa Inggeris yang bertanggungjawab mengasaskan industri getah di Nicholas Ridley. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
METCHNIKOFF, ELIE | Metchnikoff, Elie (18451916) ialah pakar biologi ulung Rusia. Dia melakukan kajian penting terhadap fungsi fagosit. Fagosit ialah sel darah putih yang menyerang kuman. Para doktor pada awalnya menentang teori berkenaan fagosit, tetapi idea Metchnikoff ini secara amnya diterima umum sebelum kematiannya. Metchnikoff berkongsi Hadiah Nobel tahun 1908 untuk bidang perubatan. | UMUM | |
SWAMMERDAM, JAN | Swammerdam, Jan (16371680) ialah pakar anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil, terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi saraf dan otot. | UMUM | |
ROBERTSON, SIR DENNIS | Robertson, Sir Dennis (18901963), pakar ekonomi Inggeris yang memainkan peranan penting dalam pengelolaan Persidangan Bretton Woods. | UMUM | |
DEBAKEY, MICHAEL ELLIS | DeBakey, Michael Ellis (1908 ), pakar bedah Amerika yang menjadi terkenal kerana usahanya mengkaji jantung dan juga sumbangannya terhadap teknik yang digunakan untuk menggantikan pembuluh darah yang rosak termasuk pembedahan pintasan koronari. | UMUM | |
ADLER, ALFRED | Adler, Alfred (18701937), pakar psikiatri Austria, mengembangkan banyak teori berkaitan motivasi kelakuan manusia. | UMUM | |
MAKMAL POLIS | Makmal polis ialah makmal tempat pakar menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola kesan darah berhampiran mayat boleh menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan. Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat, cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis yang besar menyelenggara makmal sendiri. | UMUM | |
YERKES, ROBERT MEARNS | Yerkes, Robert Mearns (18761956), pakar psikologi Amerika yang terkenal dengan penyelidikannya mengenai tingkah laku beruk. Buku karangannya yang paling penting ialah The Great Apes: A Study of Anthropoid Life (1929). | UMUM | |
ELTON, CHARLES SUTHERLAND | Elton, Charles Sutherland (19001991), pakar biologi Inggeris. Dia terkenal sebagai perintis ekologi, bidang sains yang mengkaji perhubungan hidupan dengan alam sekitaran dan antara hidupan dengan hidupan lain. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pakar (kata nama) | Bersinonim dengan ahli, pandai, jauhari, tukang, juru, sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, ulama, utas,
empu, kipu, spesialis;, | | Kata Terbitan : kepakaran, |
|
|