Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENDAKWAAN NIAT JAHAT | Pendakwaan berniat jahat terhadap seseorang tanpa sebab dan kebarangkalian yang munasabah. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
SUMPAH | SUMPAH, pernyataan yang dilafazkan dengan niat secara rasmi atau dengan tekat sama ada bersaksi kepada Tuhan atau kepada sesuatu yang dianggap suci. | BUDAYA | Konsep |
MENCURI | Mencuri adalah suatu jenayah yang ditakrif secara berbeza-beza oleh undang-undang di negara yang berlainan. Biasanya jenayah ini ditakrif sebagai mencuri apabila seseorang memasuki rumah orang lain atau tempat perniagaan tanpa kebenaran, dengan niat melakukan jenayah yang serius. | UMUM | |
POUND, EZRA LOOMIS | Pound, Ezra Loomis (18851972) ialah penyair dan pengkritik Amerika Syarikat. Dia merupakan salah seorang daripada tokoh kesusasteraan yang paling berpengaruh dan kontroversi pada zamannya. Peminat Pound menganggap Cantos, iaitu karyanya, sebagai puisi panjang yang paling penting dalam kesusasteraan moden, manakala pengkritiknya pula menganggap Cantos sebagai karya yang mengelirukan dan penuh dengan niat jahat. | UMUM | |
SURAT IKATAN | Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan juga mesti memperincikan harta yang dipindah milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik. Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia dihantarkan kepada pihak yang menerima hak milik. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| niat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak,
cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,
2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,
| Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat, |
|
Puisi |
---|
|
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.
Lihat selanjutnya... |
|